PENDEKATAN WASATIYAH ELAK EKSTREMISME SEPERTI IS: NAJIB
KUALA LUMPUR: Pendekatan Wasatiyah mampu mengelakkan masyarakat daripada terjebak dengan ekstremisme seperti perjuangan kumpulan militan IS.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan bersederhana mampu digembleng merentasi masyarakat pelbagai agama kerana pendekatan ini mampu diterima semua agama.
"Kita harus terima realiti bahawa terdapat perbezaan fahaman agama di dunia ini.
"Tanpa Wasatiyah (bersederhana) masyarakat akan mudah untuk terjebak dengan ekstremisme yang
mengakibatkan radikalisme seperti IS," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Antarabangsa 'Agama dan Keharmonian Hidup Bersama' di Institut Kefahaman Islam Malaysia hari ini.
Tambah Najib, pemimpin agama juga perlu berperanan untuk memastikan pendekatan bersederhana dijadikan sebagai medium penting dalam menghadapi cabaran baru yang mendatang.
"Pemimpin agama dan pengikut harus bekerjasama untuk bina keyakinan, persefahaman dan kerjasama.
"Sikap ini penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan yang kita cari," tambahnya.
Turut hadir dalam majlis sama ialah Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalannya, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Pengarah IKIM, Prof Datik Dr Azizan Baharuddin. - ASTRO AWANI
Comments
Post a Comment