Followers

MALAYSIA BANTU KURANGKAN MASALAH MIGRAN : SALLEH


KUALA LUMPUR:  Malaysia ingin membantu Eropah, yang menghadapi masalah penghijrahan, dengan membuka pintu negara ini kepada 3,000 pelarian Syria, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.


Bagaimanapun, katanya, bilangan pelarian yang dinyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York baru-baru ini, menjadi isu untuk dikritik oleh para pengkritik perdana menteri.

Dalam blognya sskeruak.blogspot.my, menteri itu menegaskan nyawa manusia menjadi pertimbangan dalam isu pelarian dan perlindungan itu.

"Dan, Malaysia seharusnya memberi sedikit sumbangan dalam apa jua keadaan untuk membantu dalam perkara itu yang kini menjadi masalah besar di Eropah, dengan mengambil hanya 3,000 pelarian sedangkan Jerman menerima 500,000 pelarian setahun," katanya.

Salleh berkata penghijrahan adalah  isu yang amat kontroversi walaupun  di Eropah.

Di United Kingdom, katanya, perkara itu dijadikan isu pilihan raya dengan calon boleh menang atau kalah dalam sesuatu pilihan raya parti bergantung kepada pendirian mereka mengenai isu pedatang.

"Bagaimanapun, ada masanya kita perlu mengetepikan fahaman politik dan perkauman, dan mengutamakan nyawa manusia," tegasnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment