RAKYAT MALAYSIA ' OBSES' DENGAN TELEFON PINTAR, MEDIA SOSIAL


KUALA LUMPUR:  Dalam keputusan kaji selidik terbaharu yang dilakukan Google, rakyat Malaysia menduduki tangga teratas sebagai multi-tasker di dunia.

Multi-tasker yang dimaksudkan adalah menggunakan telefon bimbit ketika melakukan perkara lain, seperti menonton televisyen dan membuat kerja rumah.

Keputusan kajian Google Barometer Study itu meletakkan Malaysia di tempat pertama dengan 91% koresponden boleh melakukan multi-tasking, diikuti Thailand dan Vietnam dengan 90%.

Peratusan itu jauh meninggalkan negara-negara maju seperti Britain (63%), Australia (60%), Amerika Syarikat (57%), Jerman (53%) dan Perancis (49%).

Keputusan itu juga menyebut kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan telefon bimbit untuk melayari laman sosial, video atas talian (online videos) dan bermain games.

Ia bagaikan satu indikatif ketaksuban rakyat Malaysia terhadap penggunaan laman sosial, terutama sekali apabila mengambil kira fakta pengguna Facebook di Malaysia adalah antara paling ramai di dunia.

Sementara itu, kaji selidik itu mendapati bahawa 67 peratus rakyat Malaysia memilih untuk mengguna telefon pintar dan 20 peratus memilih untuk guna telefon pintar, komputer dan tablet.

Tentang tabiat membeli belah secara online, majoriti rakyat Malaysia (51 peratus) memilih untuk guna internet untuk membuat kajian tentang sesebuah barang dan kemudian membeli di kedai.

Hanya 29 peratus yang membuat kajian di internet dan seterusnya membeli secara online.

Telefon pintar juga sering digunakan untuk melayari media sosial (87 peratus), enjin carian (79 peratus) dan mencari maklumat tentang produk (58 peratus).

Kaji selidik ini ditadbir oleh TNS Infratest bagi pihak Google yang dilakukan pada tahun 2014 dan 2015.

Menurut dua pakar media sosial, Judi James dan Joanne Stephenson, seperti yang dilaporkan Mirror UK, isu demam media sosial perlu difahami jika ia ingin ditangani dengan bijak.

Apa itu social media addict?

Penggunaan, dan pergantungan yang melebihi had, terhadap media sosial, selain kegagalan mengawal penggunaannya walaupun telah mencuba.

Apa simptomnya?

Resah dan merasa perlu untuk menyemak laman Facebook, Twitter, Instagram, emel dan sebagainya, beberapa kali sehari malah mungkin juga beberapa kali sejam.

Apa penyebabnya?

Ia bermula sebagai hobi, atau aktiviti yang dilakukan apabila dilanda kebosanan. Namun keseronokan apabila mengetahui apa yang dilakukan orang lain, atau apa yang berlaku di sekeliling, akan membuatkan hobi menjadi tabiat.

Daripada menjadi pemerhati, lama-kelamaan kita merasakan perlu turut sama melibatkan diri; meletakkan status dan gambar tentang setiap aktiviti yang dilakukan ke laman sosial.

Ada kesan negatif?

1. Kurangnya skil sosial, interaksi dan pergaulan yang konvensional.

2. Terdedah kepada jenayah, kerana maklumat yang terlalu mudah didapati.

3. Kewujudan new form of loneliness, memandangkan manusia lebih ramai rakan di alam maya berbanding realiti, sedangkan rakan di alam realiti lebih diperlukan untuk kestabilan emosi.

Comments

Popular Posts