MALAYSIA BANTU INDONESIA PADAM KEBAKARAN


KUALA LUMPUR:  Malaysia akan mengerahkan aset ke Indonesia untuk membantu memadamkan kebakaran di sekitar Palembang, Selatan Sumatera, Indonesia.



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Presiden Indonesia telah meminta bantuan Perdana Menteri Malaysia untuk memadamkan kebakaran di sana.


"Sukacita dimaklumkan Kerajaan Malaysia akan menerbangkan Bombardier CL415MP yang bersifat amphibious untuk misi bantuan ke Indonesia," katanya kepada media selepas Mesyuarat Koordinasi Transformasi PLKN di sini hari ini.


Tambahnya, operasi ini akan dikelola oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).


"Kita akan hantar bantuan tersebut ke Indonesia seawal petang ini," tambahnya lagi.


Pesawat Bombardier berkeupayaan menjatuhkan 6,137 liter air dalam tempoh 12 saat dengan kelajuan 130 kilometer sejam. - ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts