JADIKAN SUKAN SEBAGAI BUDAYA : PERDANA MENTERI


SHAH ALAM:  Malaysia mampu melahirkan jaguh sukan hebat di mata dunia jika menjadikan sukan sebagai budaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Katanya, rakyat tidak harus melihat Hari Sukan Negara sekadar sambutan tetapi gaya hidup.

"Kita hendak buat konsep Hari Sukan Negara ini sebagai setiap hari bersukan, bukan hari ini sahaja. Kalau tidak dapat bersenam sejam sehari, setengah jam pun jadi.

"Kalau tidak dapat bersenam, buat regangan pun tak apa, masih ada kebaikannya," katanya ketika merasmikan sambutan Hari Sukan Negara di Dataran Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Sahol Hamid.

Sebaik merasmikan sambutan itu, Najib dan Khairy kemudiannya menyertai ribuan pengunjung dalam acara 2KM Fun Walk.

Tambahnya, Malaysia cukup dikenali sebagai negara sebagai penganjur sukan yang hebat tetapi reputasi itu tidak sejajar dalam aspek pencapaian sukan.

Beliau turut menyifatkan Hari Sukan Negara sebagai titik permulaan untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Budaya bersukan katanya akan mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang kesihatan. - BERNAMA

Comments

  1. najib buat lah dulu
    nanti ramai yang akan ikut as simple as that

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts