APA DAH JADI??? SEORANG LAGI KEPIMPINAN NEGERI DAP LETAK JAWATAN

Nampaknya sesuatu yang tersembunyi dalam urusan DAP. Kesabaran menahan permasalahan dalaman ini semakin tidak boleh ditutup. Belum sempat kehangatan cerita ADUN Luyang letak jawatan. Seorang lagi bertindak sama.

Apa dah jadi ni?

Baca....

Ketua Pembangkang DUN Melaka letak jawatan

MELAKA:  Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San bertindak meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong itu bagaimanapun enggan menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.

"Tanyalah Adun Kota Laksamana (Lai Keun Ban) dan Ayer Keroh (Khoo Poay Tiong) kenapa saya letak jawatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad ketika ditemui Bernama, mengesahkan perkara berkenaan.

"Goh menyerahkan surat peletakan jawatannya itu kepada saya pada pukul 12 tengah hari tadi. Peletakan jawatan itu berkuat kuasa hari ini," katanya.

Menurut Othman, Goh bagaimanapun tidak menyatakan sebab beliau berbuat demikian.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini melaporkan Goh mendakwa terdapat campur tangan pemimpin pusat parti itu dalam urusan DAP Melaka, menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan pemimpin dan anggota DAP di negeri itu.- BERNAMA

konvensyen CEC baru-baru ini sudah menunjukkan kepincangan yang sengaja disembunyikan. Ala... bangkai gajah.. tak dapt ditutup oleh sehelai dua daun pisang. Lama kelamaan akan terserlah busuknya 1 kampung!

Comments