PRK : DR AHMAD SOHAIMI LAZIM CALON BN DUN SG LIMAU

YAN 21 Okt - Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Kemasyarakatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sg. Limau.

Nama Dr. Sohaimi, 52, diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengumuman Calon BN yang diadakan di Bilik Gerakan BN PRK Sg. Limau di sini hari ini.

Selain bekas pensyarah, Dr. Sohaimi juga merupakan bekas guru sekolah agama rakyat, Pondok Pak Ya yang terletak di dalam DUN Sg. Limau ini.

Beliau kini Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan kepimpinan BN yang lain.

Biodata calon

Profile
Name Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim
Position Pensyarah Kanan
Faculty/Centre Fakulti Sains Kemanusiaan - Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan
Telephone No. 05-4505103
Email asohaimi@upsi.edu.my
[ Click here to view the details ]
Qualification
Ijazah Doktor Falsafah - Pengajian Malaysia (Tamadun Asia (Jepun)) Universiti Sains Malaysia(2008)

Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) - Pengajian Peradaban (Tamadun Islam dan Asia Timur) UM(2000)

Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian - Sains Politik ( - ) USM(1998)

Field Of Specialization TITAS
Research Interest 1. Hubungan Malaysia-Jepun pasca merdeka 2. Politik Malaysia kontemporari

Professional Affiliation
Role Project Organisation Date
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER Ahli Jawatankuasa Perancangan Akademik Fakulti UPSI 20/08/2010 to 20/07/2012
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER Ahli jawatankuasa pengajian siswazah fakulti UPSI 20/08/2010 to 20/07/2012
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER Ahli Jawatankuasa Pembangunan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI 20/08/2010 to 20/08/2011
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI 20/08/2010 to 20/08/2011
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER Ahli Jawatankuasa Teknikal (Kewangan ) Fakulti Sains Kemanusiaan. UPSI 20/08/2010 to 20/08/2011
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER Semakan kurikulum Pengajian MARA Majlis Amanah Rakyat (MARA) 18/10/2011 to 21/10/2011
AHLI / MEMBER - Persatuan Sains Sosial 13/09/2011 to 13/09/2012
PENGERUSI / CHAIRMAN Penilai manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka 09/03/2012 to 08/04/2012
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBER Seminar Kebangsaan Perpaduan Nasional Majlis Profesor Negara 08/12/2011 to 14/11/2012

Selected Research
Registered Research with Research Management Centre (RMC)
No Research Title
1 BIOGRAFI TOKOH UPSI DARI PERAK 1922 - 1960-AN
2 Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941 ? 1945
Unregistered Research
No Research Title
1 Dasar Ekonomi Baru 1970-1990: Perspektif Sejarah
2 Dasar dan kesan pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-45.

Comments

Popular Posts