KONFLIK... DAP MELAKA DAN PUSAT. TEGANG!!!!


MELAKA 22 Okt - Peletakan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Goh Leong San mengesahkan desas-desus berlaku pertelagahan kepimpinan DAP negeri dan pusat yang bertiup sejak sebelum pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.

Keretakan hubungan mereka dilihat apabila timbul perselisihan faham dalam memilih calon parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang dikosongkan Betty Chew isteri kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pimpinan DAP pusat lebih cenderung memilih Lai Keun Ban, calon yang dilihat penyokong setia Lim, hingga menimbulkan rasa kurang senang antaranya anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas di Kota Laksamana.

Isu yang menjadi pencetus perbalahan itu ialah pujian Goh kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang menimbulkan perasaan kurang senang Lim.

Ekoran itu Goh meletak jawatan atas alasan " terlalu banyak campurtangan DAP pusat ".

Agak sukar untuk mendalami secara terperinci isu yang dibangkitkan dalam pertelagahan tiga Adun DAP itu kerana mereka hanya membenarkan media berbahasa Cina menghadiri sidang media di Melaka yang diadakan bagi menyerang antara satu sama lain. Itulah kebebasan media yang diamalkan mereka.

Pengerusi MIC Melaka Datuk M.S Mahadevan pula berpendapat DAP, baik di Melaka ataupun pusat, tidak akan mampu berkhidmat dengan baik untuk rakyat sekiranya krisis politik mereka tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.

Beliau turut mempersoal tindakan DAP pusat dinaungi dinasti Lim yang hanya mahu bermain politik dengan membangkang atas sebab politik tanpa mempedulikan masalah rakyat. - Bernama

Comments

Popular Posts