#BAJET 2014: STRUKTUR SEMULA SUBSIDI SECARA BERPERINGKAT


Kerajaan akan menstruktur semula kaedah pemberian subsidi secara berperingkat bagi memastikan hanya mereka yang layak menikmatinya, kata Datuk Seri Najib Razak.


Perdana Menteri berkata, hasil penjimatan penstrukturan subsidi itu nanti akan diberi secara terus dalam bentuk bantuan tunai dan sebahagiannya diguna bagi menampung pembiayaan projek pembangunan kerajaan. 


Katanya, kerajaan juga akan mewujudkan sistem pangkalan data komprehensif bagi memastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar. 


Ia termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan (di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan penerima BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)" Najib Razak, Perdana Menteri


"Ia termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan (di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan penerima BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).



"Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini," katanya.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi tahun ini saja, kerajaan membelanjakan sebanyak RM47 bilion bagi pelbagai jenis subsidi termasuk petroleum, barangan makanan, kesihatan, pertanian dan perikanan, utiliti, tol serta kebajikan dan pendidikan. 


Daripada jumlah itu, katanya, produk petroleum menyumbang perbelanjaan subsidi terbesar iaitu RM24.8 bilion atau 53 peratus, yang dinikmati semua golongan, termasuk berpendapatan tinggi, peniaga dan warga asing.



"Subsidi adalah penggunaan wang rakyat bagi menambah baik kehidupan mereka. 


"Tetapi jika subsidi itu adalah pembantut dan merugikan rakyat, kerajaan yang bertanggungjawab dengan kepercayaan yang sudah diberikan akan mengambil keputusan terbaik bagi rakyat," katanya. - BH

Comments

Popular Posts