PRK SG LIMAU: LAYAKKAH ANWAR BERI TAZKIRAH?????
Belum sudah cerita arbaiyah berceramah alkisah dirinya yang lampau. Hari ini pu3 terbaca pula pengumuman Anwar Ibrahim yang bakal hadir ke kawasan Sungai Limau dengan program ceramah atau tazkirahnya. Alahai.....
LAYAKKAH ANWAR IBRAHIM MEMBERI TAZKIRAH?
KENAPA BERKEHENDAK BERI TAZKIRAH? KENAPA TAK MEMBERI CERAMAH POLITIK SAHAJA?
ADAKAH KERANA KAWASAN DUN SUNGAI LIMAU INI ADALAH KAWASAN DIANGGAP KAWASAN PENUH KEAGAMAAN SEHINGGA MEMBENTUK STRATEGIK ANWAR UNTUK BERLAKON SEBAGAI SEORANG PENDAKWAH PULA?
Pu3 pernah terbaca 1 penulisan yang mempunyai perkaitan ini. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran atau clue sama ada layakkah Anwar Ibrahim memberi tazkirah...
cerita `Irbath yang mana katanya,...Hadith ini mengajar kita bahwa inilah bentuk ceramah/kuliyyah/tazkirah yang mesti disampaikan oleh pendakwah-pendakwah. Dia mesti sampai ke tahap paling tidak mad`u nya (orang yang dia seru) mesti dapat merasa gerun dan takutnya kepada ALLAH.
Persoalan pu3... layakkan Anwar memberi tazkirah maghrib. Adakah dia layak digelar pendakwah?????
Pesanan Irbath lagi.... "Jangan dibiarkan majlis tazkirah hanya dihiasi dengan gelak ketawa semata-mata. Dengan lawak jenaka yang tak habis-habis seolah-olah samalah dengan Senario, Pi mai pi mai tang tu dan sebagainya. Yang ini kena berhati-hati dan kita tegur secara ikhlas. Kalau nak lawak satu dua benda untuk cuit hati supaya tak boring, yang tu tak jadi masalah. Tetapi jangan start bagi salam dok buat lawak dah, sampai ke salam yang penghabisan pun masih dok buat lawak juga, yang ni jangan dok amalkan. Sebab keadaan sebegini tidak akan membentuk jiwa manusia".
Pu3 meragui nawaitu Anwar nak melakukan tazkirah. Kerana tindak tanduknya tidak mencerminkan kehendak jiwanya memperjuangkan Islam itu sendiri.
Pu3 teringat perlakuan Anwar yang menyokong kepada kebebasan agama serta disokong pula oleh anaknya nurul Izzah yang menyatakannya sendiri dalam majlis rasmi yang dihadirinya. Wajarkah tindakan Anwar itu membenarkan Anwar melakukan tazkirah dalam majlis keagamaan sedangkan perlakuannya sudah menimbulkan keraguan?
Salam nasihat Irbath lagi....
"Jadi, kita mesti memberi tazkirah dalam keadaan memberi "mau`izah bali qotan", yakni satu bentuk mau`izah yang menyampaikan kepada hati sehingga membolehkan ia merasa gerun dan takut. Lalu bila habis dalam majlis ilmu, maka manusia akan tahu apa yang nak dibuatnya. Inilah message yang disebut oleh al-ustaz Fathi Yakan di dalam kitabnya "Bagaimana kita menyeru kepada ugama Islam". Bila habis saja kuliyyah/ceramah, maka kesan dari kuliyyah/ceramah itu sampai membolehkan orang yang diseru itu tahu apa yang perlu untuk bertindak. Kalau perlu lepas dia dengar ceramah tu, hati dia terbuka nak "isi borang", kita takdak masalah boleh tolong carikan "borang" untuk dia. Kalau perlu lepas dengar kuliyyah tu, dia nak ubah perangai jadi pejuang agama ALLAH, Alhamdulillah, boleh pahala juga kat kita."
Seingat pu3lah sebelum ini telah tersebar cerita pelarangan individu tertentu untuk melakukan tazkirah/kuliyyah mahupun menjadi penceramah dalam masjid. Mereka yang dibenarkan melakukan aktiviti ini yang diberikan surat tauliah.
imam al-Khatib al-Baghdadiyy dalam kitabnya "Kitab al-Faqih Wa al-Mutafaqqih":
ينبغي لإمام المسلمين، أن يتصفّح أحوال المفتين، فمن كان يصلح للفتوى، أقرّه عليها. ومن لم يكن من أهلها منعه منها، وتقدّم إليه بأن لا يتعرّض لها، وأوعده بالعقوبة إن لم ينته عنها، وقد كان الخلفاء من بني أمية ينصبون للفتوى بمكّة في أيّام الموسم قومًا يُعَيِّنُوْنَهُم، ويأمرون بأن لا يُستفتى غيرهم
Yang bermaksud, "Pemerintah umat Islam sepatutnya memeriksa hal ehwal orang yang berfatwa (mufti). Sesiapa yang sesuai berfatwa, maka dia boleh mengiktirafnya. Sesiapa yang bukan ahlinya (tidak layak berfatwa), maka dia boleh menghalang orang itu. Dia (pemerintah) perlu menasihati orang itu supaya tidak berfatwa dan boleh menakutkannya dengan hukuman jika dia masih berdegil. Para khalifah Bani Umayyah pernah melantik segolongan orang sahaja di Mekah pada musim haji (untuk berfatwa) dan mereka memerintahkan supaya tidak ada orang lain selain mereka yang terlantik untuk berfatwa".
Daripada kata-kata al-Khatib al-Baghdadiyy ini, dapat difahami bahawa kerajaan boleh mengenakan syarat-syarat tertentu kepada orang yang ingin berfatwa. Dalam bahasa moden di Malaysia ia dipanggil tauliah. Walaupun kalam di atas berkaitan fatwa tetapi ia boleh diaplikasi terhadap tazkirah, ceramah, khutbah dan lain-lain.
Ini kerana fatwa ialah menyampaikan atau memberitahu hukum hakam islam kepada mereka yang bertanya. Begitulah tazkirah, ceramah, khutbah juga mengajar atau memberitahu hal ehwal agama kepada umat Islam.
Dalam persoalan kelayakan ini. Pu3 bersetuju dengan penulisan seorang blogger : http://www.usulifaqih.com
Antara kepentingan tauliah ialah mengawal orang yang ingin menyampaikan Islam kepada masyarakat. Ia perlu supaya hanya mereka yang benar-benar layak yang mempunyai ilmu sahaja yang melakukannya. Masyarakat kita mudah menerima mereka yang pandai berceramah walaupun latar belakang penceramah itu bukan daripada bidang agama. Bukankah sekarang ini ramai artis-artis yang "bertaubat" lalu dipanggil dengan gelaran "ustaz" dan dijemput berceramah di sana sini?
Bukan menidakkan keupayaan golongan ini menjadi pendakwah setelah bergelumang dengan dunia hiburan, tetapi jika tidak layak bergelar penceramah maka kerajaan boleh menghalangnya daripada menyampaikan kuliah atau ceramah kepada masyarakat. Tindakan ini adalah siyasah syariyyah kerajaan untuk memastikan masyarakat menerima maklumat daripada mereka yang layak sahaja.
Untuk memastikan seseorang itu layak atau tidak berceramah, kaedah yang diguna pakai oleh kerajaan Malaysia ialah "tauliah". Contohnya di Selangor, seseorang pemohon tauliah akan dipanggil temuduga dan akan melalui ujian bertulis dan lisan.
Dalam ujian bertulis, beberapa soalan yang berkaitan fiqh, akidah dan lain-lain akan ditanya. Begitu juga temuduga lisan di hadapan panel penemuduga, bebeapa soalan termasuk isu-isu semasa akan ditanya. Setelah panel berpuas hati, maka pemohon akan dianugerahkan tauliah untuk tempoh tertentu dan perlu diperbaharui daripada masa ke semasa.
Tindakan kerajaan dalam mengenakan tauliah kepada penceramah-penceramah di Malaysia ialah menstrukturkan kata-kata imam ak-Khatib al-Baghdadiyy di atas. Maksudnya, dalam isu pentadbiran kerajaan berhak mengenakan syarat tauliah atas dasar siyasah syariyyah seperti mana para khalifah seperti Umar, Usman, Ali dan lain-lain membuat peraturan-pertauran tertentu dalam pentadbiran mereka.
Jika diteliti kata-kata imam ak-Khatib al-Baghdadiyy, orang yang sememangnya layak untuk berfatwa, menyampaikan tazkirah dan ceramah, kenapa dia mesti dilarang daripada berbuat demikian?
Sekali lagi persoalan timbul dalam benak pu3.... sejauh mana nawaitu Anwar dalam menyebarkan agama Islam di kalangan Pengundi DUN Sg Limau? Kenapa acap kali berlaku satu-satu suasana.Anwar umpama sesumpah yang bertukar warna kulit mengikut kesesuaian suasana yang dijejakinya. Seketika jadi liberal.. sekatika jadi sosialis tak kurang juga bertopeng konon warak lagi alim ( alim kucing je depan tuan baekkk sangat!!!)
Bagi pu3. Seorang yang berani memberi tazkirah. Dalam majlis keagamaan adalah individu yang ikhlas dan tulus dalam memperjuangkan Islam. Seiring dengan maksud al-quran :
"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."- Al-Baqarah: 143
Bukan individu yang hanya menarik perhatian individu lain dengan kepetahan berbicara serta lakonan semata. Secara pribadi.. pu3 tidak melihat Anwar adalah individu yang layak memberi tazkirah. Pokok utamanya kerana pu3 meragui perjuangannya dalam jihad Islam itu sendiri!
Pu3 mengharapkan pengundi DUN Sungai Limau menjadi lebih bijak menilai dan bijak memangkah kelak kerana undi anda penentu kepada perubahan kawasan.
Dalam KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.. pun ada menyatakan:
"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU- Renung-renungkan....
#Berani Hijrah
#Undilah BN
Comments
Post a Comment