NEGERI EKONOMIK SANGATLAH KOT

Banyaklah ekonomik dan jimat cermatnya mereka ni sehingga peruntukan yang seharusnya digunakan untuk pembangunan pun mereka nak sekat-sekat!

S'GOR HANYA BELANJA 31 PERATUS PERUNTUKAN PEMBANGUNAN K'JAAN PUSAT SETAKAT INI - NOHSHAH ALAM,

1 Okt (Bernama) -- Kerajaan Selangor setakat ini hanyamembelanjakan 31 peratus daripada RM2.8 bilion peruntukan pembangunan yangdisalurkan oleh kerajaan persekutuan bagi tahun ini.        Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) Datuk Seri NohOmar berkata kadar itu jauh lebih rendah berbanding 59 peratus yang patutdibelanjakan menjelang bulan ini. 

"Selangor bukan di bawah BN (Barisan Nasional), jadi timbul beberapa masalahdari segi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini," katanya dalam sidangmedia di sini, hari ini. 

Bagi melancarkan pelaksanaan projek serta program pembangunan persekutuan diSelangor, Noh berkata semua 12 anggota dewan undangan negeri dan dua anggotaparlimen BN termasuk beliau, dilantik sebagai pengerusi penyelaras pelaksanaanprogram dan projek Persekutuan di negeri itu.       

Beliau berkata tugas setiap pengerusi penyelaras adalah memantau dan menilaiprojek pembangunan di Selangor yang dijalankan oleh kementerian di peringkatpersekutuan.            

"Pengerusi ini juga akan membantu 44 jabatan termasuk agensi kerajaan persekutuan di Selangor bagi memastikan setiap projek serta program pembangunanyang dilaksanakan kerajaan pusat memberi manfaat kepada pembangunan negeri ini,"katanya.     

Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang berkata matlamat utamapelantikan pengerusi penyelaras itu juga bagi memastikan semua peruntukan yangdisalurkan oleh kerajaan pusat di Selangor benar-benar dapat dilaksanakandan memberi kesan kepada pembangunan negeri Selangor.   

"Kita harapkan rakyat Selangor dapat melihat, menilai dan menghargai sumbangan yang dilakukan oleh kerajaan pusat walaupun negeri ini ditadbir olehpembangkang," kata Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor -BERNAMA

Comments

Popular Posts