JANGAN LAYAN KUMPULAN EKSTREMIS DALAM NEGARA : TUN DR MAHATHIR


PUTRAJAYA:  Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus melayan tuntutan oleh kumpulan ekstremis di dalam negara ini.


Sebaliknya, katanya, kerajaan harus memahami pemikiran kumpulan sederhana dan menyakinkan mereka untuk bekerja bersama-sama bagi mengalakkan kestabilan dalam negara.


Wacana itu dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Dr Mahathir berkata persepsi bahawa kerajaan adalah 'lemah' kerana gagal mendapatkan mandat besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas, telah menyebabkan unsur-unsur ekstremis daripada pembangkang membuat pelbagai tuntutan.


"Jika anda fikir kumpulan ekstremis akan mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan dan memberi sokongan mereka selepas tuntutan mereka dipenuhi...maka anda silap," kata perdana menteri keempat negara selama 22 tahun itu.


"Saya berharap kumpulan sederhana akan kekal dalam negara dan berani membuat pilihan...bukan demi kepentingan sendiri tetapi untuk kebaikan negara, politik dan masyarakat," katanya.


Oleh itu, beliau menggesa majoriti sederhana supaya mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai situasi politik semasa sambil menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada majoriti senyap.


Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, Tan Sri Azman Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Dr Michael Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah. - BERNAMA

Comments

Popular Posts