KES BUNUH... SEMUA NAK JADI WARTAWAN SEGERA


Sedih pu3 mengenangkan perangai sesetengah pengguna laman sosial. Dengan begitu pantas memuatnaik video atau gambar berkaitan kes pembunuhan di laman sosial mereka. Mengalahkan tindakan wartawan rasmi memaparkan berita.

Bukan sahaja kejadian bunuh. Sebarang kejadian termasuk kemalangan juga. Sesak kiri kana di bahu jalan kenderaan berhenti. Bukan membantu tetapi pemiliknya dengan penuh semangat mengambil gambar untuk dimuatnaik ke laman sosial mereka. Kemudian tagged pafa rakan yang lain.

Ada 2 perkara pu3 nilai tindakan ini. Ada baik dan banyak buruknya. Terutama sekali jika ia melibatkan kejadian meragut nyawa terlibat. Tidakkah mereka yang memuatnaik dan memuatturun kemudian disebarkan pada individu lain adalah tindakan yang seharusnya tidak berperikemanusiaan? Tidakkah mereka merasakan betapa terlukanya ahli keluarga mangsa yang melihat.. bagaimana ahli keluaga mereka yang menjadi mangsa jadi bahan tontonan ramai. Apa lagi dalam keadaan yang sangat tragis?

Pu3 sudah lama perhatikan suasana ini. Mereka yang melakukannya seolah-olah PESTA laman sosial untuk mengajak lebih ramai menyertai 'wall' mereka. More update info more glamour they got!

Tindakan memuatturun keadaan mangsa seperti kejadian semalam cukup menyinggung perasaan pu3 melihat. Walau tidak mempunyai sebarang ikatan keluarga apa lagi mengenalinya sebagai kenalan. Keadaan mangsa dipertontonkan sedemikian cukup menyakitkan hati pu3 melihat. Cuba yang memuatnaik gambar ini bayangkan... tubuh mangsa dipaparkan itu adalah ahli keluarga yang disayangi. Bagaimana perasaan kamu?

Tindakan ini dah lebih pada batasan wartawan tau. Dalam menulis artikel berita sekalipun, para wartawan tidak akan menunjukkan terus keadaan mangsa 'in direct' kerana ada etika melarang mereka memaparkan perkara boleh mendatangkan sentimen emosi melampau pada individu-individu terlibat.

Pu3 nak tegur pengguna  laman sosial yang 'kemaruk' mengongsikan gambar-gambar kejadian jenayah atau kemalangan ini. Usah menjadi wartawan melebihi wartawan. Tak salah kongsikan info kejadian tetapi ada batasannnya juga. 

Comments

Popular Posts