PRK SG LIMAU: MENGAKUI KESILAPAN WALAU TAK BERNIAT. TINGGINYA AKHLAK TPM
Pu3 tersentuh dengan tindakan YAB Tan Sri Muhyiddin secara terbuka memohon maaf andai ucapannya menyinggung perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan.
Bayangkan.. walau tidak berniat sekalipun mengatakan perkara berkenaan dalam ucapan TPM baru-baru ini.. memandangkan ucapannya telah dijadikan bahan dijaja oleh kempener PAS di media sosial dan kawasan DUN Sg Limau. Semalam pemimpin no 2 negara merendahkan diri memohon maaf.
Baca sini dulu...
Muhyiddin mohon maaf jika keluarga Azizan tersinggung
Aizat Sharif | Kemas kini: Oktober 29, 2013
YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' penghapusan subsidi gula jika keluarga Azizan tersinggung.
"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga saya mohon maaf.
"Bukan tujuan saya untuk merendah-rendahkan, atau mencemarkan nama baik Allahyarham kerana beliau adalah pemimpin yang banyak berjasa kerana saya pun banyak menziarahinya ketika beliau masih hidup," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri Majlis di Madrasah Mazahirul Ulum di Kampung Bukit Choras Dalam disini.
Menurut Muhyiddin, kenyataannya itu bukan ada niat yang jahat atau mengambil kesempatan untuk pilihan raya.
Sebelum itu, pada sidang media yang berlainan pada pagi tadi, PAS Kedah melahirkan kekesalan dengan dakwaan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa PAS cuba mempolitikan isu ucapan Muhyiddin mengenai kematian Azizan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata pimpinan PAS mengharapkan Mukhriz tidak melakukan perkara yang sama dengan menyokong kenyataan itu.
"Setidak-tidaknya pun beliau (Mukhriz) mewakili Timbalan Perdana Menteri tampil memohon maaf kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh penduduk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz kepada pemberita di Markas PAS PRK DUN Sungai Limau di Bukit Besar
Beliau menambah, Mukhriz sebagai Menteri Besar harus menjaga hubungan dengan seluruh rakyat negeri Kedah kerana Mukhriz mewakili orang Kedah.
Ps: cuba ingatkan semula. Refreashkan ingatan. Berapa kali pemimpin PR meminta maaf secara terbuka setelah mendapati tindakan mereka SALAH? atau mereka terus berdiri teguh di atas kesalahan mereka tanpa memperakuinya dan menyedarinya.
Seingat pu3... perlakuan memohon maaf ini bukan kali pertama dilakukan oleh kepimpinan tinggi UMNO. Malahan sebelum inipun YAB PM sendiri pernah memohon maaf secara terbuka dalam ucapannya kepada rakyat Malaysia. Sifat yang tidak ada pada pemimpin PR yang lain.
Malahan... sehingga kini.. calon PAS DUN Sg Limau belum meminta maafpun atas kesalahan membenarkan penipuan dilakukan dalam kempen mengangkat dirinya mendapat sokongan dari penyokong Allahyarham Tan sri Azizan. Ada tak?
Adakah orang sebegini wajar diangkat untuk memimpin rakyat di kawasan Sungai Limau. Belum diberi amanah sudah menunjuk belangnya dengan mengizinkan penipuan untuk meraih sokongan!
Dalam Islam sendiri tidak sekali-kali membenarkan umatnya melakukan PEMBOHONGAN dan PENIPUAN.
Dari Abu Bakar ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, "Tidak usahkan aku menceritakan tentang dosa terburuk?" Kami berkata, "Katakanlah, ya Rasulullah!" Rasulullah saw bersabda, "Menyekutukan seseorang dengan Allah dan tidak patuh terhadap orang tua." Rasulullah saw sedang bersandar kemudian duduk tegak seraya bersabda, "Hati-hatilah dari berkata dusta." Beliau terus mengulang-ulangi perkataan beliau itu sehingga kami memohon agar berkenan menghentikannya.
(Bukhari)
Sebagai seorang yang melaungkan konon pejuang Islam. Adakah perbuatan dusta ini sebahagian cara untuk berjihad? Tepuk dada tanya iman anda wahai kempener PAS di Sungai Limau!
#Berani Hijrah
#undilah BN
Comments
Post a Comment