PRK SG LIMAU: ARBAIYAH DENGAN FATWA BARUNYA
Nampaknya untuk menjejak glamour dan perhatian.. suami pn Arbaiyah gagal membentuk isterinya agar menjaga tingkah laku serta berbicara di khalayak ramai. Bukankah dalam Islam adalah tanggungjawab suami menjaga dan membimbing isteri melakukan perkara yang dibenarkan dalam Islam.
Bukan nak menghina en Sumi. Tapi pada pandangan pribadi pu3. Si sumi ni hanya sekadar peneman Arbaiyah sahaja. Tak ada perubahan ke arah wanita yang tahu menjaga mulut berdasarkan lunas Islam sebenar. Apa guna iman ditunjuk pada kulit jika isinya masih sama!
Tanggungjawab suami (Hak Isteri)
#Memberi nafkah zahir dan batin
#Membayar mas kahwin kepada isteri
#Memberi layanan yang baik
#Menjaga maruah isteri
#Memberi didikan agama
#Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
#Menjaga dari sebarang ancaman
#Adil terhadap semua isteri
Pu3 tak mempersoalkan akidah Arbaiyah tetapi pu3 mempersoalkan akhlaknya sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Allah swt!
Pelik sungguh pu3 dengan kenyataan Arbaiyah sempena PRK Sg Limau. Melakukan fitnah ke atas UMNO dengan mengaitkannya perkaitan akidah rakan artis ( oppsss she still artis ker?)
Sebagai mengulas balas,
Kenyataan Media Anne Ngasri menjawab kenyataan Abby Abadi:
" Saya menghormati kenyataan Abby Abadi dan menganggap itu kenyataan peribadi beliau sendiri. Pada saya dosa dan pahala tak perlu dikaitkan dengan Parti UMNO dan ini soal diri masing2 yang menentukan kehidupan masing2. selaku artis dan Ketua Puteri Bhg Bukit Bintang, saya tak pernah lihat UMNO menyesatkan dunia hiburan. Malahan UMNO adalah parti yang menegakkan Syiar Islam. UMNO juga sangat peka dan bersungguh2 menangani gejala maksiat bukan saja dalam industri hiburan tapi malah dalam industri atau bidang2 lain. Amal ibadah dan dosa pahala adalah tanggungjawab semua umat islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya."
Pu3 secara pribadi bersetuju dengan kenyataan Anne.
Kenapa Arbaiyah nak menunding jari pada UMNO semata. Jika beliau seorang pendakwah Islam yang sebenar... kata-kata berbaur hasutan dan menfitnah ini tidak akan terlepas dari mulutnya mahupun tulisannya. Adakah sebagai ahli PAS seumur hidup memberi kelonggaran untuknya sentiasa mengatakan sesuatu mengikut kefahaman keperasanannya sendiri. Walaupun ianya tidak ada langsung dalam hukum Islam itu sendiri ( setakat mok tiket ke Syurga sebagai simbol keahlian seumur hidup PAS itu melupakannya adalah manusia yang penuh kelemahan dan kekurangan. Eloklah taubat semula)
Kalau nak memenangkan calon PAS sekalipun sempena PRK Sg Limau ni. Kempenlah sebagai ahli parti politik ( PAS hanyalah parti Politik. Bukan badan penyebar Islam pun!! ) Tak perlu menambah dosa dengan melakukan ceramah berunsur fitnah kepada pihak lawan.
Kempen berdakwah Islam dengan kempen ceramah politik adalah 2 perkara yang berbeza. Kempen memenangkan calon PAS juga bukan dakwah untuk perjuangan Islam pun!
Pesanan pu3 pada Arbaiyah. Usahlah nak menjadikan PRK Sg Limau sebagai medan menaikkan nama konon sebagai daei atau pendakwah. Memalukan saja. Kepada sumi pula nasihat pu3. Bimbinglah isteri awak tu menjadi seorang muslimah yang sebenar. Jangan dok jaga hatinya.. awak jadi dayus!
Comments
Post a Comment