PRK SG LIMAU: AHLI PAS SUNGAI LIMAU HARAP BN MENANG KALI INI : PAK TEH


#PRKSgLimau : [Video] Pak Teh Ahli PAS Sungai Limau Harap BN Menang Kali Ini...


Hanya mahu dikenali dengan Pak Teh, merupakan seorang yang disegani di kawasan tersebut.


Sentimen mengundi PAS kerana Allayarham Ustaz Azizan tidak boleh dinafikan dikawasan Sungai Limau dan ia diakui sendiri oleh Pak Teh yang juga berbuat demikian.



Alasan "mengaji" dengan Allahyarham merupakan penyebab utama mereka tidak lari dari mengundi PAS, mereka terlalu mengagumi dan menghormati Allayarham sebagai "Tuan Guru" dan menjadikannya idola dalam hidup mereka.


Mungkin kerana itu mereka tidak mahu memikirkan apa saja asalkan meraka dapat memastikan ilmu agama menjadi mereka yang akan membawa mereka ke syurga di akhirat nanti.


Pengakuan dan saranan Pak Teh kepada sahabat seperguruan dan semua pengundi


Tapi ia berbeza dengan pengikut Allahyarham Ustaza Azizan yang lebih matang berfikir, mereka mahukan ilu dan mereka mahukan syurga tetapi bila Allahyarham sudah tiada mereka mempu berfikir untuk berubah arah disebabkan PAS yang ada hari ini tidak lagi membawa perjuangan seperti PAS yang dulu.


Begitulah yang berlaku pada Pak Teh yang dengan jelas dan berani mengatakan bahawa beliau akan mengundi BN pada Pilihanraya kali ini dan pasti juga akan memberitahu sahabat seguru untuk sama menyahut cabaran #BeraniHijrah yang disebut oleh YB Menteri Besar yang baru.


Sambil gelak besar dan berseloroh Pak Teh mengajak sahabatnya bersama berhijrah namun terpancar jelas di wajahnya beliau mahu perubahan itu menjadi kenyataan.


Memang sukar dibayangkan, seorang "pengikut tegar" yang telah lama bergelumang dengan PAS akan menukar haluannya akan tetapi itulah hakikatnya dengan kebesaran Allah yang maha Esa membukakan pintu hatinya untuk berubah untuk melihat nasib anak bangsanya berubah kearah yang lebih baik.


Sama-sama kita doakan hajat Pak Teh dimakbulkan Allah SWT dan semoga kemenangan #PRKSgLimau berpihak kepada Barisan Nasional.

#BeraniHijrah
#KedahAmanMakmur
#NadiRakyatMalaysia


Sumber: nadi rakyat dot net

Comments

Popular Posts