PEMILIHAN : SI AYAM BERKOKOK LAGI


Sehari 2 ni.. pu3 menjejak kalau adalah calon-calon yang tewas berbunyi apa-apa menzahirkan kekecewaan mereka. Tak ada. Nampaknya kali ini agaknya calon-calon lebih rasional dan profesional.

Tapi.... upanya... ada juga yang berkokok. Hehehehehe... aduihai... tak puas hati juga pakcik seorang ini. Siap buat kenyataan membuat pertuduhan yang sangat besar.

Seingat pu3 lah... dia ni calon tak pernah menang sejak 2004 lagi. Itu dalam ingatan pu3 lah! Yang sebelum-sebelum ini tak tau lagi. Kenal tu takler kenal sangat... seingat pu3... dia  ni antara individu yang banyak bercakap bila berpeluang. Itu sajalah.

Kalah satu hal.... tapi kali ni... hilang hormat pu3 apabila dia bercakap lagi kali ini benda yang mengarut.! Setuju pu3 dengan pandangan tepak bersulam... ada bukti salahlaku kenapa tak lapor pada jawatankuasa Pemilihan UMNO (JKPU)? Kenapa nak berkokok di media massa saja?

Baca sini....

Dato' Sahak sudha tiba masa memiklrkan untuk bersara - Tidak relevan lagi !!!! #tepakbersulam

Sahak berkokok lagi tapi semua orang tahu kerana mahu menutup malu apabila kalah di tangan pendatang baru yang tak ada duit, hanya seorang Pak Lebai yang dulunya adalah penjual daging dan pengimport daging.

Sahak tak mahu mengaku kelemahan beliau dan cuba menuduh ada permainan kotor dan kononnya ada pemberian duit, kalau ada pemberian duit kenapa Sahak tak buat laporan kepada UMNO. Inikan prosidur UMNO untuk melaporkan kepada UMNO jika ada salahlaku calon calon yang bertanding.

Sahak yang sebelum ini angkuh kononnya dia adalah pemimpin UMNO yang paling hebat dikenali di seluruh Malaysia menawarkan diri dalam Majlis Tertinggi untuk bersaing bersama sama orang popular. Haram pun tidak , nama Sahak lenyap macam itu saja , langsung tidak tersenarai antara 25 calon terpilih. UMNO tak mahu calon Samseng , UMNO tak pemimpin yang tak ada akal dan sentiasa mahu maki hamun orang tanpa mengira siapa saja.

Dalam bahasa mudah , Sahak sudah tidak releven lagi. Sahak perlu ditolak. Sahak sudah boleh bersara dan simpan saja surat surat kamu yang maki hamun orang lain.

Tak payah lah minta simpati orang ramai dengan menyiarkan  berita untuk tutup malu apabila kalah di kandang sendiri dak di tolak oleh ahli UMNO di Majlis Tertinggi.

Sumber: tepakbersulam2 blog

Ps: nasihat pu3 pada pak Sahak. Udah-udahlah tu. Tak masuk 25 orang yang tertinggi tu. Dah bagi hint besar. Akar umbi tak kenal sapa tok Sahak. Pu3 yang kenal nipun (kenal nama dan wajah) tak undi juga. Sebab bukan kerana seperti yang dituduhkan. Calon lainpun tak juga pakat jumpa memandangkan tempoh menilai singkat.

Pada pandangan pu3... perwakilan akar umbi berhak memilih calon yang mereka kenal. Yang menganggotai MKT kini pun... bukan calang-calang orangnya. Sememangnya wajar mereka berada di sana.

Nasihat pu3 sebagai anak. Janganlah kerana tak mampu menahan kekecewaan.. kewajaran dan kewarasan akal hilang tok Sahak. Jangan kerana pulut santan 1 belanga binasa. Kerana mulut UMNO rosak. Tunjukkan kematangan diri dalam menerima kekalahan. Mana perhinya Tok Sahak yang tak serik untuk bertanding ni? Term ni kalah... cuba lagi akan datang. Tapi... kenalah melakukan sesuatu seperti program mendekati hati akar umbi. Jangan setakat tiba masa pemilihan baru muncul dalam sesi majlis perkenalkan calon semata. Tak semua hadir tok Sahak oiiiiiii

Pu3 kali ni memang tak berhasrat bertanding apa-apa. Senang fokus tugas membantu. Ia memberi ruang pu3 menilai calon-calon pilihan pu3. Alhamdulillah 90% pilihan pu3.. masuk dalam MKT. Hanya kepimpinan wanita lain je tak masuk mewakili 10% pilihan pu3 tak berjaya masuk 25 orang. 2 orang Dato Azalina dan kakanda kesayangan pu3.. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin... antara wajah kepimpinan wanita dipilih berjaya. Syukur Alhamfulillah. Terima kasih kepada perwakilan semua.

Comments

Popular Posts