PEMILIHAN: KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH HAJI ABD RASHID SHIRLIN

KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH HAJI ABD RASHID SHIRLIN

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua perwakilan wanita yang telah memberi saya ruang menyandang jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO bagi penggal ini. Amanah ini besar, dan pastinya datang bersama pengharapan yang besar untuk saya terus membina wasilah perjuangan bangsa.
Saya juga berterima kasih atas sokongan padu perwakilan sehingga melayakkan 3 orang bekas pemimpin Puteri untuk bergerak sebagai tulang belakang wanita. Ini satu petanda betapa ikatan Wanita dan Puteri erat tersimpul rapi dan transisi ini menjadi wadah penting untuk kita terus bersedia, bersetia dan berkhidmat kepada parti.

Saya akan terus kekal istiqamah, tegar pertahankan prinsip, dan berjanji menumpahkan seluruh kudrat dan tenaga  untuk sederap bergerak bersama aspirasi perjuangan Wanita.

Kerana hari kita bukan lagi berjuang demi survivaliti  atau kredit gender, sebaliknya wanita akan bangun atas asset dan kredibeliti kepimpinan yang kita miliki.

Terima kasih untuk kepercayaan semua perwakilan dan dengan rasa rendah diri saya pohon doa dan sokongan semua untuk memberi ruang kepada saya menyertai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam usaha memimpin suara wanita ke barisan  hadapan.

Sesungguhnya yang indah dan terbaik itu dari Allah.

YB Rosnah Abdul Rashid shirlin

Comments

Popular Posts