PEMILIHAN: BIJAK MEMILIH PENENTU KEMANTAPAN

Antara Mas Ermiyantie dan Jamilah Hanim. Semua perwakilan sayap -sayap semakin menghadapi dilemah memilih antara keduanya.

Sebagai individu yang bakal memilih. Pu3 sudah punya pilihan. Demikian sahabat pu3 yang lain. Artikel yang ditulis oleh kakanda RBF online hari ni menepati apa yang pu3 fikirkan. Pu3 sangat bersetuju.

Sila baca....

Puteri Umno : Emy dan Jamie Sepatutnya Digandingkan Untuk Kekuatan Umno

Hanya tinggal sehari menjelang hari pemilihan sayap-sayap parti Umno. Bagaimanapun suasana pemilihan dalam sayap Puteri Umno nampak lebih tenang atau sejuk. Tidak seperti pemilihan untuk jawatan-jawatan lain. 

Dua calon yang bertanding untuk merebut jawatan Ketua Puteri Umno Malaysia. Mereka ialah Mas Ermiyanti Samsuddin atau dikenali sebagai Emy, dan calon kedua, Jamilah Hanim Othman atau dikenali sebagai Jamie.

Matlamat penubuhan Puteri Umno pada tahun 2001 adalah untuk menarik golongan wanita-wanita muda atau remaja mendekati Umno. Mereka diberikan peranan khusus untuk menjalankan tugas-tugas kemasyarakatan yang sesuai dengan usia mereka. Daripada sana mereka akan bergaul, belajar dan akan memahami banyak perkara. 

Kita tidak boleh nafikan matlamat penubuhan Puteri Umno amat bagus sekali. Kita juga tidak boleh nafikan Puteri Umno memainkan peranan yang berkesan semasa diterajui oleh Azalina Othman Said selaras dengan matlamat penubuhannya. 

Bagaimanapun kehebatan Puteri Umno tidak bertahan lama. Selepas berundurnya Azalina kerana faktor usia yang tidak membolehkan beliau kekal bersama Puteri, maka bermulalah zaman kesejukkan Puteri Umno. 

Sewaktu diambil alih oleh Noraini Ahmad pada tahun 2004 bahang panas yang ditinggalkan Azalina masih dirasai oleh Puteri Umno. Lama kelamaan ianya semakin sejuk dan sejuk dan terus sejuk. Nasib baik ianya belum beku lagi. 

Saya tidak nafikan, dan saya yakin rakan-rakan pembaca juga tidak menafikan bahawa peranan Puteri Umno amat penting. Tambahan pula dalam situasi politik hari ini. Keadaan politik hari ini Puteri bukan setakat perlu mengembalikan kegemilangan seperti zaman Azalina, malah perlu lakukan lebih daripada itu.

Jamie

Emi dan Jamie menawarkan diri untuk menerajui Puteri Umno. Jamie menganggap dirinya sebagai calon underdog kerana beliau bukannya seorang YB berbanding dengan lawannya Emy yang merupakan seorang ahli parlimen. Walaupun Jamie merendah diri dengan menganggap dirinya sebagai calonunderdog, saya difahamkan di luar sana situasi sekarang 50-50. Maknanya kedua-duanya ada peluang untuk menang. 

Saya sendiri pula melihat kedua-dua mereka adalah golongan wanita muda yang berpotensi. Emy ada kelebihannya dan telah terpilih menjadi YB di usia yang muda. Manakala Jamie pula dilihat mempunyai aura yang segar untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda atau remaja wanita untuk mendekati Umno. Untuk perhatian, Jamie adalah antara ahli Puteri sejak zaman penaja tahun 2001. Pernah menjadi exco pusat selama sepenggal dan Ketua Puteri Bahagian selama tiga penggal. 

Bagi saya pertarungan mereka berdua ini merugikan Puteri Umno. Sebab kedua-duanya dilihat berpontensi untuk menjadi pemimpin masa depan. Sepatutnya satu kata sepakat dicapai sebelum ini agar Emy tidak bertanding dan laluan diberikan kepada Jamie.

Baca selanjutnya di sini...

http://www.rbfonline.net/2013/10/puteri-umno-emi-dan-jemi-sepatutnya.html?m=1

Comments

Popular Posts