PINDAAN RUU PENCEGAHAN JENAYAH LULUS PERINGKAT DASAR

KUALA LUMPUR:  Pindaan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 1959 peringkat dasar diluluskan dengan undian belah bahagian.

Perbahasan pindaan rang undang-undang tersebut berlangsung selama dua hari.

Pindaan ini dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.

Ia dibentangkan setelah banyak pihak mempertikaikan pindaan yang dibuat pada tahun 2011 yang dikatakan menyebabkan polis hilang kuasa.

Pindaan yang dibentangkan ini mendapat tentangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mendakwa ia satu cubaan untuk menghidupkan kembali tahanan tanpa bicara. - Astro Awani

Comments

Popular Posts