STJ: BAPA KHIANATI ANAKNYA SENDIRI


HARI ini satu lawak yang paling bodoh tapi menarik dan mengarut dicipta oleh pembangkang dan sesiapa yang memilih untuk ketawa mereka boleh ketawa sepuas-puas hati kerana sudah nampak semakin jelas pembangkang terutama sekali juak-juak ataupun balaci  sudah kehilangan modal untuk membersihkan  `Tuhan' mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Tetapi hari ini mereka jumpa satu subjek baru iaitu bapa Saiful  Bukhari iaitu Azlan untuk dipergunakan bagi menafikan bahawa Anwar tidak meliwat Saiful dan inilah yang boleh dikatakan jenis lawak paling bodoh ciptaan pembangkang kerana yang menafikan kes liwat itu adalah orang lain dan bukan tuan punya badan.

Apa pun kita bersimpati' dengan Azlan yang sanggup memperjudikan nasib anaknya dan mustahil kenyataan beliau itu dibuat secara sukarela dan tidak mustahil Azlan demi `jaminan hidupnya' akan membuat akuan bersumpah selepas ini dengan mengaitkan PM Najib ataupun Rosmah yang memperalatkan anaknya.

Berapa banyak wang yang Azlan dijanjikan oleh Anwar ataupun Johari Abdul untuk membolehkan Azlan menentang darah dagingnya sendiri?Tergamak Azlan mengkhianati Saiful yang sedang berjuang mencari keadilan.Tergamak Azlan memberikan `bontot'nya untuk diliwat oleh pencacai Anwar hanya kerana mahu beritahu kononnya Anwar tidak bersalah.



Skrip pembangkang ini cukup mudah dibaca dan mereka sanggup memperuntukan sejumlah wang untuk membeli orang-orang tertentu seperti Balasundram,Deepak dan yang terbaru adalah Azlan bagi mencapai cita-cita mereka untuk menggulingkan kerajaan dan mengaitkan orang itu dan ini yang menjadi punca kononnya kes liwat Anwar Saiful sebagai konspirasi.


Anwar tidak ada pilihan.Beliau perlu menggunakan apa sahaja cara termasuklah memperuntukan jumlah kewangan yang besar bagi membersihkan moralnya apatah lagi saat ini beiau sedang berhadapan dengan dakwaan bahawa beliau dikatakan menjadi dalang di sebalik pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Untuk mengelak namanya terus dkaitkan maka dihantarnya Johari Abdul yang berada bersama-sama dengan Azlan sewaktu sidang akhbar pengkhianatan seorang bapa terhadap anak dengan harapan permohonan maaf Azlan itu boleh menutup dakwaan keterlibatan beliau di Lahad Datu.

http://www.malaysiakini.com/news/223284  ( baca disini pengkhinatan seorang bapa)

Sebenarnya sidang akhbar itu tidak berharga apa-apa kerana yang mendakwa bukan orang yang dibicarakan,bukan orang yang dikaitkan dan bukan Azlan yang diliwat tetapi anaknya Saiful yang jadi mangsa kebuasan nafsu manusia bernama Anwar.

Sebab itulah Saiful Bukhari dalam rekasi segeranya menjawab pengkhianatan bapanya itu sebagai berkata bapanya telah diperalatkan,saya tetap istiqamah dan takkan sesekali berganjak.Tengah fikir tindakan balas selanjutnya dan tidak mahu melatah-itu kata Saiful Bukhari.


Katalah RM 1 juta dibayar kepada Azlan seperti yang didakwa bagi tujuan membersihkan nama Anwar,adakah tidak terdetik di hati Azlan bahawa andai beliau menerima bayaran itu beliau sebenarnya bukan sahaja memalukan Saiful tetapi memalukan seluruh keluarga dan keturunannya.

Atau Azlan telah memutuskan hubungan darah daging atau bapa dengan anak hanya kerana kesempitan kewangan menjadikan beliau rela dipergunakan oleh haiwan-haiwan politik ini?Malang bagi Saiful dalam saat beliau memerlukan sokongan daripada keluarga terutama bapanya sendiri,Azlan mengambil tindakan `u-turn' untuk memihak kepada Anwar.Moga Saiful terus istiqamah dan ber[egang kepada Sumpah Laknat yang beliau lafazkan sebelum ini.

Sumber: Sanggah tok Janggut blog

Ps: inilah dikatakan bapa haruan makan anaknya. !!!!!

Comments