TIADA CALON BOLEH MENGGANTI NAJIB SEBAGAI PM : TUN DR M


Tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sendiri secara peribadi menganggap tiada calon yang mampu diketengahkan pada masa kini bagi menggantikan jawatan No. 1 dalam Kerajaan Pusat itu.

"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku.

" Tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya kepada pemebrita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif  dalam Dunia yang Pesat Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mahathir merujuk pandangan beberapa pihak yang meminta Najib berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang

Beliau turut bersetuju dengan pandangan bekas Menteri Kewangan dan Penasihat Ekonomi Tun Daim Zainuddin supaya Najib  mengetengahkan muka baru dalam pilihan raya kali ini.

Berhubung kenyataan terbuka bekas anggota seumur hidup PAS, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana  pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988, Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya sangat terkejut dengan pengakuan Zainol itu.

Ini kerana, katanya bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh bukan menjadi budaya Malaysia.
Namun, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi berkata bahawa beliau percaya Zainol yang lebih dikenali sebagai CN Afghani membuat pengakuan itu  kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir.

"Tapi Alhamdulilah dia sedar dan tidak lagi taksub dengan ideologi PAS ini, dan buat kenyataan nak minta maaf...saya sedia maafkan sesiapa pun,"  katanya.

Menjawab soalan bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr Mahathir berkata beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.    

"Kalau saya jadi Perdana Menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas," katanya dalam nada bergurau.

Sumber: KLPos dot com

Comments

Popular Posts