KEMENTERIAN PELAJARAN AMBIL TINDAKAN TEGAS GURU HINA PASUKAN KESELAMATAN
![]() |
ini seorang guru yang menghina pejuang. |
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang guru dari Kelantan yang dikatakan menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadap guru itu yang menghina dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidik di negara ini.
"Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikulnya dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada masyarakat khususnya anak didik mereka," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Pelajaran.
Abdul Ghafar menegaskan Kementerian Pelajaran sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan polis dan tentera dengan mendoakan keselamatan mereka.
"Seluruh warga pendidik mendoakan pasukan keselamatan dikurnia kekuatan dan semangat kental dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya. - Bernama
Ps: ambik ko ! Agaknya 2 kali kes polis dulu sebab mengamuk belum menyedarkan ko lagi. !!!! Jangan tindakan je... hantar terus ke rawatan mental. Sah unstabil person!!!!!
Comments
Post a Comment