GURU KAFA MAUT DISAMUN


Kota Bharu: Seorang guru agama berusia 54 tahun maut selepas tercampak keluar dari sebuah kereta di Persimpangan Kampung Sat Hilir, Tanah Merah, kelmarin.

Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan mangsa dicampak keluar dari kereta berkenaan dalam kejadian dipercayai cubaan ragut pada kira-kira jam 10.30 pagi itu. Ia berdasarkan keterangan saksi, yang mendakwa melihat kereta terbabit yang dipandu seorang lelaki turut membawa seorang lagi lelaki di kerusi penumpang belakang. 

Rafiah Seman, 54, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), dikatakan menaiki PROTON Iswara hitam terbabit, yang dipercayai menyamar sebagai kereta sewa haram atau atau prebet sapu'prebet sapu untuk ke pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Tanah Merah, sebelum dia dipercayai cuba diragut.


Tercampak keluar

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata seorang rakan mangsa, yang berselisih dengan kereta itu mendakwa melihat Rafiah seperti melambai-lambai sebelum pintu belakang kiri kereta itu terbuka dan mangsa tercampak keluar.

Dia kemudian berpatah balik ke tempat kejadian dan menemui mangsa terbaring di tepi jalan, pengsan serta berlumuran darah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanah Merah sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami bengkak di belakang badan dan dahi kanan, benjol belakang kepala serta luka dan pendarahan. Dia disahkan meninggal dunia jam 8.49 malam berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. selepas Majlis Peringatan Hari Polis ke-206 Peringkat Kontinjen Kelantan, di sini, semalam. 

Urusan pinjaman


Sementara itu, anak sulung Rafiah yang hanya mahu dikenali Along, 31, berkata mangsa menaiki kereta sewa haram itu dari rumah adik perempuannya berusia 29 tahun di Kampung Kelar, Pasir Mas untuk ke pejabat AIM bagi urusan pembayaran pinjaman dan mengajar mengaji seperti rutinnya setiap Ahad.

Sumber: Berita Harian

Ps: susah dah nak kata. Andai iman kuat di jiwa. Susah macam mana sekalipun.. perbuatan dilarang dalam Islam mencuri atau menyamun ini tak akan dilakukan! Nak tuduh ajaran UMNO tak kuat dalam perjuangan agama Islam? Kelatan dah lebih 20 tahun di bawah pemerintahan Nik Aziz  tak mampu menzahirkan apa itu nikmat Islam pun!

Comments

Popular Posts