Followers

PERCUBAAN ANWAR MEMBUNUH KARIER LIM KIT SIANG

ANWAR YOU NAK BUANG I KAT GELANG PATAH, U JANGAN LUPA I AM THE FIRST PRIME MINISTER OF REPUBLIK MALAYSIA...YOU ULANG, SAYA SAMAN YOU PULAK!
SEMALAM, Anwar Ibrahim telah mengumumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, sebuah kawasan berjiran dengan Singapura. Ahli Parlimen Gelang Patah YB Tan Ah Eng menang dalam PRU12 dengan majoriti 8,851 undi. Rekod menunjukkan PRU pada tahun 2004 dan 2008, MCA dan PKR dua kali berlaga di kawasan Gelang Patah dan dimenangi oleh MCA. 

Kali ini khabarnya Lim Kit Siang dari DAP pula akan bertanding di situ. Namun, Lim Kit Siang belum menjawab setuju atau tidak.

Kesilapan Anwar ialah mengandaikan Lim Kit Siang bodoh untuk menerima permainan politik Anwar itu. Anwar lupa, kepada DAP atau khususnya kepada LKS dan LGE biarkan sepohon pokok rosak kerana matlamat DAP bukan sepohon pokok itu, matlamat mereka ialah Sehutan Pokok.

Maksudnya, biarkan PAS rosak kerana ia hanya sepohon pokok. Biarkan PKR rosak, jangan matlamat DAP rosak.

PAS 76, DAP 50, PKR 96

Pembahagian kerusi dalam pakatan sudah boleh dibaca, kerana kepimpinan PAS bercakap PAS mahukan 76 kerusi walaupun dalam PRU yang lalu-lalu PAS hanya bertanding di 60 kawasan sahaja.

DAP pula bercakap tentang angka 40 hingga 50. 

Sudah tentu PKR akan bertanding dalam kitaran 96 hingga 106, iaitu angka kurafat Anwar yang sangat suka nombor 6. Kereta peribadi Anwar pun angka 666.

Maknanya, UMNO dan BN mempunyai peluang yang besar untuk mendapat majoriti 2/3 memandangkan sokongan rakyat yang semakin memuncak kepada UMNO dan BN tidak dapat dinafikan lagi.

Dengan jumlah yang minoriti kepada PAS, jelas menunjukkan idealisme Negara Islam sudah berkubur dari jantung hati sanubari kepimpinan PAS.

Orang-orang Melayu dan Islam sudah tiada pilihan, marilah menyertai YB Nasharudin, sertailah YB Datuk Dr. Hassan Ali, Datuk Harun Taib, Datuk Taib Azimudin, Dr. Harun Din, Ustaz Ismail Mina, Ustaz Hassan Basri dan pasukan Ulama sebenar. Kali ini, tinggalkan PAS jangan undi mereka sebagai Pengajaran atas kelemahan mereka mendaulatkan Islam sebaliknya mendaulatkan matlamat DAP.

Sumber: mymassa blog

No comments:

Post a Comment