PAS SABAH SEDIA SENDIRIAN JADI PARTI PEMBANGKANG DI SABAH??????


Wahhhh... ini kali PAS Sabah sudah mau angkat kaki tidak mahu lagi join perang bersama PKR sama itu DAP. Malahan dalam masa sama mau cantas parti-parti penbangkang asal Sabah untuk menghidupkan PAS Sabah dengan menawarkan keahlian kepada mereka menjadi ahli PAS!!!!!

Mangkali PAS Sabah sudah naik kesiokan mau konon sudah ada POWER di Sabah. Membayangkan kemampuan pemilikan tinggi mampu mentadbir Sabah kononnya kelak selepas PRU ke-13!!!

Soalan pu3: STAR, SAPP, USNO dan lain-lain termasuk parti a.k.a katak. PAS Sabah sudah mau langgar wooooo kamurang!

Bah! Baca lagi di artikel di bawah ni:

PAS Bersedia Perintah Negeri Sabah Tanpa Bantuan Sekutu PKR dan DAP

PAS Sabah bersedia memerintah negeri Sabah jika diberi peluang walaupun tanpa sokongan daripada sekutu PKR dan DAP. Bagi tujuan tersebut, PAS mempelawa semua bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) termasuk penyokong PKR, penyokong SAPP dan penyokong STAR untuk menyertai parti itu untuk merealisasikan sebuah 'perjuangan berasaskan keadilan dan kesejahteraan rakyat negeri itu'.

Pelawaan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah iaitu Hamzah Abdullah dan berkata parti itu telahpun menerima permohonan dari bekas ahli USNO, termasuk dari daerah Tawau, sandakan dan Kota Kinabalu.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, PAS Sabah telah menghantar surat dan borang permohonan kepada wakil-wakil parti USNO, PKR, SAPP dan STAR Sabah untuk menjadi ahli PAS Sabah dan seterusnya borang tersebut akan dihantar ke ibu pejabat PAS pusat.

Menurut PAS, dalam kemelut politik yang berlaku di negeri Sabah sekarang ini ditambah lagi dengan konflik yang berlaku dalam PKR sendiri dan isu yang ditimbulkan oleh Tian Chua maka penyelesaiannya adalah dengan menyertai PAS.

Menurut sumber dalaman PAS Sabah, PAS bukan tidak percaya kepada PKR dan DAP tetapi kadang kala perbezaan pendapat yang berlaku di antara mereka sebenarnya yang menjurus mereka untuk berbuat demikian. Tambah mereka lagi, perjuangan adalah perjuangan dan kadang kala "kawan boleh makan makan".

Sehubungan itu, menurut Hamzah lagi, PAS bersedia mempertimbangkan cadangan bagi meletakkan beberapa bekas pemimpin USNO termasuk pemimpin PKR, STAR dan SAPP sebagai calon untuk pilihan raya umum ke-13 atas tiket PAS.


"PAS Sabah telahpun bermesyuarat sebelum ini dan bakal mengumumkan keputusannya pada masa yang sesuai," tambah Hamzah.

Sumber: 3sudubesar blog

Ps: mangkali PAS Sabah ni berangan-angan jadikan Sabah ni klon Kelantan dan Kedah. Pesanan pu3. Kamurang tengok dulu bah keadaan pentadbiran PAS sana. Kalau ahli PAS Sabah dari jenis manusia lidah bercabang atau talam dua muka. Ndak ke mana-mana bah kekuatan kamurang. Orang macam tu.. sama jenis lalang. Mana angin kuat bertiup.. dorang ikutlah. Sebab apa???? Sebab mau jaminan kesenangan diri sendiri ja. Mulut ja berulang-ulang fisabillah. Walhal nawaitunya untuk diri sendiri!!!!!

#BNBah
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu

Comments

Popular Posts