Followers

LAHAD DATU : PASUKAN KESELAMATAN BERTEMPUR DENGAN PENGGANAS SULU


Pagi tadi pasukan keselamatan sekali lagi bertempur dengan saki baki pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat 22.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan di sidang media pagi tadi, beliau berkata pihaknya percaya ada musuh yang cedera atau terbunuh tetapi belum menerima laporan mengenainya.

Sementara itu, kawasan persisiran pantai Felda Sahabat akan menjadi kawasan pertama pengukuhan pertahanan negara melalui pembinaan pos kawalan baru yang diperkukuhkan dengan kekuatan anggota pasukan keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

Sumber: bro jinggo blog

1 comment:

  1. insha Allah, para pejuang kita pasti berjaya, antara cepat atau lambat je, Allah pasti membantu wira-wira kita, aminn...
    PRAY FOR OUR HEROES

    ReplyDelete