PAS JANJI STUDIUM SETARAF STUDIUM OLIMPUK BEIJING?????


Meskipun banyak projek mega dilancarkan Kerajaan Pas Kelantan masih gagal ditunaikan, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta rakyat `memberi kepercayaan' kepada satu lagi projek mega kerajaan negeri iaitu stadium bola sepak.

Walaupun tidak memaklumkan bila projek itu dijangka siap, Nik Abdul Aziz memberitahu stadium itu lebih hebat daripada mana-mana stadium terkemuka di dunia dan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China atau lebih dikenali sebagai stadium sarang burung.

Majlis pelancaran projek bernilai RM320 juta membabitkan kawasan seluas lebih 100 hektar itu berlangsung di kaki Bukit Merbau di sini.

Tindakan mengumumkan pembinaan sebuah stadium tersebut dilihat seakan-akan cuba menyaingi pengumuman tujuh projek besar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melawat Kelantan pada 20 Januari lalu.

Selain pembinaan stadium baharu, Najib turut mengumumkan projek-projek lain merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan menyelesaikan masalah air.

Pada majlis tersebut juga Nik Abdul Aziz mengumumkan satu lagi janjinya iaitu pembinaan sebuah bandar sukan dengan 300 unit rumah mampu milik, hotel, kawasan perniagaan serta beberapa unit rumah mewah di kawasan tersebut.

"Saya hari ini begitu gembira. Saya guna suara terlalu kuat tadi sampai letih sangat dan tidak lalu makan kerana selera makan sudah tiada," katanya ringkas dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah tersebut.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) baru-baru ini menyifatkan projek stadium itu merupakan satu lagi sandiwara Kerajaan Pas Kelantan untuk menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Presidennya, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, Kerajaan Pas Kelantan adalah sebuah kerajaan yang hanya 'pecah tanah, sodok jalan dan pasang batu asas' dalam setiap projek dilancarkan.

Menurut beliau, beberapa projek mega Pas Kelantan sebelum ini hanya menjadi kenangan untuk rakyat antaranya Jambatan Palekbang, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pelabuhan Pantai Sri Tujoh, Bandar Baru Pengkalan Kubor serta Koridor Depu. - UTUSAN

Ps: stadium olimpik Beijing? Jauh bebenor JANJI nik aziz ni. Pu3 tertanya-tanya. Pada nik aziz.. apa hukumnya orang mungkir janji ya? Takkan tak tau kot???!!!! Nasihat pu3. BERJANJILAH SESUATU YANG MAMPU DILAKUKAN.!!!!!! Jika berjanji pada benda hanya JANJI MANIS, GULA GULA PEMANIS SEMATA. DOSA TAU BERBOHONG!!! DALAM ISLAM TAK ADA HUKUM BOHONG SUNAT! BOHONG ADALAH HARAM DISISI ISLAM.

Comments

Popular Posts