PENGGANAS SEBABKAN 49 RUMAH PENDUDUK MUSNAH, 61 LAGI ROSAK: HAMZA

LAHAD DATU 30 Mac – Sebanyak 26 daripada 140 rumah di Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih boleh didiami.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi masih boleh diduduki.

"Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.

"Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan sehingga kini kerana operasi itu bukan sahaja tertumpu di Lahad Datu tetapi turut melibatkan dua daerah lain iaitu Semporna dan Sandakan. – UTUSAN

Comments