AIR: CURI AIR UNTUK MANDIKAN JENAZAH


PENULIS kecut perut bila baca betapa terdesaknya rakyat Kelantan di Tumpat untuk mendapatkan air, waima untuk memandikan jenazah sekalipun.  Kecut perut bukan apa, takut-takut masalah sama berlaku di tempat penulis kalau-kalau puak ini berjaya mengambil alih, naya oo.
Tapi rasa macam tak mungkin.

Menurut laporan media, akibat bekalan air yang tidak kunjung tiba, penduduk Kg Atas Kok terpaksa mencuri air untuk memandikan jenazah.

Ini tidak berlaku di Arab atau mana-mana tempat yang gersang dari air, ini berlaku di Malaysia.  Sudahlah tu, di Kelantan dimana bah besar berlaku hampir setiap tahun tak berubah sejak dulu, walaupun setelah 'ulama besar' bernama Nik Aziz menjadi Menteri Besarnya.

Banyak dah disebut tentang masalah air bersih di Kelantan ni, tapi tak pulak sangka sehingga nak mandi mayat pun rakyat terpaksa mencuri air juga!!

Penulis yang tidak duduk di Kelantan pun rasa malu dengan kejadian ini, sampai rakyat terpaksa mencuri air untuk memandikan jenazah.  Tak pernah satu masa penulis membayangkan keadaan ini akan berlaku dalam negara kita.

Ini kalau hudud sudah dilaksanakan di Kelantan, bagaimana agaknya hakim-hakim Nik Aziz nak menghukum penduduk kampung?  Antara kewajipan melaksanakan fardu kifayah dengan kesalahan mencuri air, apa pertimbangannya disitu?

Kalau penulis, ada satu jawapan saja, tangan Nik Aziz tu dipotong di bawah undang-undang Qisas kerana kegagalannya meneydiakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan telah menyebabkan rakyat negeri tersebut terpaksa mencuri air untuk memandikan jenazah.

Penulis sebetulnya speechless nak mengulas lanjut perkara ini dengan lebih mendalam lagi.  Sungguh tak sangka sampai begitu sekali Allah swt menghukum Nik Aziz walaupun dia mendakwa sebagai waris Nabi dan Kelantan yang diperintahnya itu sebagai Serambi Mekah.

Orang Kelantan, duk di luar dan duk di dalam, sampai bila nak macam ni?

Pembangkang kalau cerita pasal air ni, confirm ada masalah, kat mana punlah pembangkang berada.  Dari masalah kurang bekalan, sampailah kepada liat nak bayar harga air yang disalurkan dari negeri jiran.

Selangor yang ketika dibawah pemerintahan BN, dah hampir diselesaikan masalah bekalan air, seolah-olah di kembalikan 20 tahun ke belakang sebaik PKR mengambil alih.  Pendek kata, pergi mana pun, pembangkang akan bawa bala dalam soal air!!

Ini hanya satu contoh, penulis rasa yakin perkara seumpama ini berlaku di Kelantan hampir setiap masa tapi tak dilaporkan atas sebab-sebab tertentu.  Buktinya, sebab akses rakyat kepada bekalan air bersih di Kelantan masih tak lebih 60% – jauh lebih buruk dari negara miskin Afrika seperti Gabon dan Gambia (lebih 80%)!!

Itupun dengan bantuan kerajaan pusat, kalau tanpa bantuan kerajaan pusat, mahu setaraf Papua New Guinea (40%).

Cukup-cukupla, undilah BN, yang sedia ada bawah BN jangan mimpi-mimpi nak bertukar pulak.  Kelak dari takdak masalah, langsung bertimpa-timpa masalahnya. – mykmu.net

Comments

Popular Posts