LAHAD DATU : LAGI 3 SUSPEK DITAHAN


Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, semalam selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan pada 3 petang tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

"Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yang mempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.
Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat, mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini.

Sementara itu Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan penduduk perkampungan air di perairan Sabah perlu dipindahkan kerana mereka berkemungkinan terdedah dengan ancaman kumpulan penceroboh luar.

Beliau berkata penempatan di kawasan itu yang tidak teratur akan menyukarkan proses kawalan oleh pasukan keselamatan negara.

Dr Mahathir diminta mengulas perkara itu susulan gesaannya pada Khamis lepas agar kerajaan tidak lagi membenarkan rangkaian rumah dibina di atas penempatan kampung air.

"Kita perlu pindahkan mereka tetapi kita perlu cari tanah untuk mereka dan kita perlu kenal pasti di antara mereka siapa yang merupakan warganegara kita, mereka yang merupakan warga asing serta golongan yang tidak mempunyai sijil pengenalan diri," katanya.

Sumber: angin perubahan blog

Comments

Popular Posts