OPS KE ATAS PUSAT PENGEDARAN KETUM BERJAYA TAHAN 23 PENAGIH


Besut, 28 Mac - Operasi ke atas sebuah pusat haram air ketum di Kampung Pengkalan Teras, Keluang dekat Kampung Raja di sini pagi ini berjaya menahan 23 penagih air ketum termasuk empat penjawat awam berumur antara 16 hingga 58 tahun.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria memberitahu operasi yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Noor Zainy Mohd Noor yang disertai Ketua Polis Balai Kampung Raja Inspektor Abdullah Che Soh itu berjaya merampas

satu guni daun ketum mentah dan 300 bungkus air ketum di sebuah rumah di kampung berkenaan.


Katanya dalam operasi yang bermula jam 5.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi ini seorang pengedar air ketum berumur 58 tahun turut ditahan yang dikenalpasti telah lama menjalankan kegiatan menjual air ketum di sekitar daerah ini.

"Saringan air kencing ke atas 23 orang yang ditahan mendapati 10 daripada mereka termasuk dua kakitangan kerajaan positif dadah jenis Methamphertamine (pil kuda)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya kesemua yang ditahan akan didakwa. - BERNAMA

Gambar: hiasan sahaja

Comments

Popular Posts