KENAPA ANWAR NAK MENYOGOK U-TURN DATUK T???????


Jadi.. kiraan betullah video 2 tahun lalu yang didedahkan oleh trio sehingga timbul terdedahnya BUNCIT vs non-BUNCIT perut Anwar bersama china doll ????? Kalau tak benar.. kenapa Anwar sanggup membuat tawaran menyogok dalam amount yang unlimited?!!!!

Kak wan! Betullah yer your ANUGERAH ILLAHI ada projek ngan china dolk dulu lah yer??????
Apapun baca dulu kenyataan dibuat semalam. Baca di bawah ini:

Ada cubaan sogok datuk Eskay u turn video Anwar China doll

Lama tak dengar cerita trio Datuk T yang dedah video seks China Doll 99.9 peratus tulin.Tengahari Khamis, salah seorang anggota trio itu,Tan Sri Rahim Thamby Chik telah mengadakan sidang akhbar di Ampang dekat Kuala Lumpur.

Tujuan beliau ialah untuk mendedahkan ada usaha pihak tertentu untuk pujuk Datuk Sharzly Eskay Abdullah, bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat pendedahan berkenaan buat U-Turn dengan janji wang berapa saja mau.

Eskay tidak hadir di sidang akhbar itu atas sebab-sebab keselamatan. Rahim kata baru-baru ini Eskay telah diekori,dihubungi dan kemudiannya dipujuk menandatangai satu akuan bersumpah yang sudah disediakan.

"Hanya tandatangan akuan bersumpah yang sudah siap. Kalau dah sign, berapa saja jumlah pampasan. Tak ada angka...sebut saja berapa jumlah dan namakan akaun dalam atau luar negara," ujar Rahim.

Bagaimanapunm Rahim menegaskan Datuk T ' is not for sale' sambil mengulangi dakwaan mereka lelaki dalam video berkenaan ialah Anwar.

Semasa isu dakwaan itu hangat dulu Eskay telah angkat sumpah dalam sebuah masjid di Sentul,Kuala Lumpur untuk tunjuk bahawa dakwaan itu benar.

"Kebenaran ini bukan untuk dijual beli. Saya nasihatkan jangan buang masa. Kami bukan seperti orang yang buat u-turn...harga diri mereka ini tidak lagi diterima pakai oleh masyarakat umum," tegas bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Baru-baru ini  Azlan Lazim bapa kepada Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat Anwar membuat u-turn mendakwa beliau diperalat untuk memfitnah Ketua Pembangkang tersebut.

Bagaimanapun, Saiful Bukhari tetap mempertahankan dakwaannya serta sumpah yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2008 dan percaya bapanya dipengaruhi supaya 'korner baring'.

Dalam sidang media sama, Rahim membayangkan percubaan memujuk Eskay seolah-olah mendedahkan kaedah-kaedah sama pihak tertentu untuk mengubah beberapa personaliti jadi kontroversi dengan wang melimpah ruang kepada mereka.

"Bagi saya, Eskay dan Datuk Shuib Lazim kami tidak peduli semua ini. Kami konsisten untuk memastikan kebenaran tetap jadi kebenaran," ujarnya.

Pada sidang akhbar itu Rahim menegaskan trio Datuk T sedia disaman oleh Anwar selari dengan kata-kata popularnya yang jadi sebutan ramai sekarang " You Ulang I Saman You".

"Saya nak ulang...kamu beritahu pada Anwar bahawa saya dan Datuk T ingin nyatakan beliau (Anwar) adalah orang terlibat dalam video itu. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab melakukan maksiat itu,".

"Sekarang Anwar dah cakap, You Ulang I Saman You! Sekarang, terpulang beliau nak sama Datuk Eskay, Rahim Thamby Chik ke, kita juga nak kena saman sebab kita nak tunjuk apa yang telah kita kaji pasal forensik dan DNA yang dibuat oleh pakar dalam dan luar negara termasuk dari Amerika dan Korea Selatan supaya dapat bentang kajian secara detail dan diketahui oleh rakyat," tegasnya.
  
Menurut Rahim, jika pertuduhan itu betul dan Anwar bersalah, beliau pula akan menyambut Anwar kerana menuduhnya dan Datuk Eskay menipu.


Beliau juga meminta kerajaan mengambil tindakan menyiasat pendedahan pembantu peguam bela Anwar dalam kes liwat, Yuktes Vijay mengenai seorang bergelar Datuk dikatakan membiayai kos perbicaraan ahli parlimen Permatang Pauh tersebut.

"Kita nak tahu siapa Datuk ini yang bertanggungjawab keluarkan banyak wang. Adakah beliau proksi Anwar atau negara tertentu yang mahu lihat negara kita kucar kacir," jelasnya.

Sementara itu mengulas pendedahan gambar-gambar intim lelaki mirip Anwar dengan seorang lelaki lain, Rahim mengakui belum melihat aksi 'goyang' seperti dipaparkan di blog rajagoyang.

"Saya belum tengok. Kawan-kawan saja cerita. Kalau pendedahan itu seperti dikatakan orang dan ada imej tertentu, saya fikir rakyat ada kebijaksanaan buat keputusan. Mungkin Anwar nak ambil tindakan (saman) oran yang menyebarkannya tetapi kebenarannya, rakyat akan buat keputusan sebaik-baik,".

"Macam kes Datuk T, saya disaman kerana sebar kebenaran tetapi kebenaran tetap kebenaran."katanya.
Untuk rekod, hari ini 21 Mac 2013, juga genaplah dua tahun pendedahan kali pertama video seks tersebut dibuat oleh Rahim dan rakan-rakannya pada 21 Mac 2011. Untuk rekod mereka bertiga sudah didakwa kerana menayangkan video yang diketegorikan XXX itu tersebut kepada umum.

Mereka semua mengaku bersalah dan tetap mendakwa bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar dan sehingga kini, selepas dua tahun, Anwar masih belum menfailkan saman terhadap ketiga-tiga mereka.

Sumber: agendadaily news

Dah lebih 48 jam. Cabaran papagomo untuk Anwar menarik balik tuntutan saman RM100 juta. Hujung minggu ni .. Anwar berada di KK . So sesiapa yang join pelancaran himpunan keselamatan Kedaulatan sabah tu.. direct soallah pada pakcik tu. Jangan lagi lagi kata: ini konspirasi jijik UMNO. Helloooooo.. kalau tak ada pelakon dalam video tu.. tak ada rakamanlah pakcik. Warna hitam putih dan posisi gambar dalam video tupun ..  sah2 skodeng dah lama tahu aktivitu si pelakon tu. Tu yang pakat pasang tu. !!!!!

1 lagi jangan lupa tanya pada Anwar.. kenapa boleh nyanyi lagu ' tanya sama najib' since last year? Pakcik dah tau rancangan kiram tu ya? Kalau dah tahu awal.. awat biarkan? Kata sayang Sabah tapi diam-diam tak dedahkan. Kalau dedahkan awal kot bolehlah jadi HERO penyelamat Sabah. Tapi sekarang... SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT. TAK GUNA DIKESALKAN LAGI.. hati orang Sabah dah terluka. Yang ikut2 pakcik tu.. otak dorang sama 'mihir'(kotor) dengan pakcik!!!

"Tanya sama anwar. Apa sebab goyang
Jawab Anwar balik aku yang rancang
Tanya sama kak wan. Apa sebab panas
Kak wan jawab balik. Anwar yang ganas"


#PRKakiPenipu
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#BNBah

Comments

Popular Posts