LAHAD DATU : TIAN CHUAN DIMINTA HADIR KE MAHKAMAH


Naib Presiden PKR, Tian Chua telah diminta untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan berkaitan isu pencerobohan Lahad Datu.

Tian Chua yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima makluman akan dikenakan tuduhan di bawah akta itu lewat petang tadi.

"Ya, petang tadi (semalam) saya diminta ke mahkamah, kira-kira jam 5 petang tadi... saya akan ada di mahkamah pagi esok (hari ini)," kata beliau.

Ahli Parlimen Batu itu diarah hadir di mahkamah kira-kira lima jam selepas diambil keterangan di Petaling Jaya.

"Pagi tadi saya dipanggil untuk diambil keterangan. Petang, diminta datang ke mahkamah," katanya yang sudah menjangkakan perkembangan tersebut.

Laporan media petang semalam memetik Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, percakapan Tian Chua dirakam pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi semalam.

"Kita telah menghantar pegawai kita untuk merakam percakapan Tian Chua. Beliau datang bersama tiga peguamnya untuk merakam percakapan tersebut pagi ini (semalam)," katanya.

Beliau berkata, 318 laporan polis dibuat ke atas Tian Chua yang membuat kenyataan yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno.

"Kita akan lengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkannya kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat kenyataan sesuka hati sehingga menyinggung orang ramai.-SH

HE : Kalau betul dia bersalah..hukum dia..kalau tak bersalah bebaskan dan beri amaran...pemimpin politik pembangkang kt Malaysia ni ramai yang bangang..ada saja ambil kesempatan nak popular...pantang ada isu ada saja nak jadi 'babi' nak menyondol!

Sumber: harapan esok blog

Comments