PEMIMPIN PEMUDA PAS SANGAT BIADAP
Artikel sebelum ini sudah pu4 sentuh. Tetapi pu3 masih tidak menganggapnya selesai begitu sahaja dengan status tweet yang dilayangkan oleh khairulfahmi matsom.
Baca dululah:
Pemimpin Pemuda Pas biadab?
Seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat bertindak biadab dengan membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya kelmarin.
Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi itu, pemimpin tersebut, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi akaun Twitter @fahmipkg menyebut: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO."
Kenyataan itu jelas bertentangan dengan Islam, termasuk pegangan Pas yang selama ini bermati-matian menentang mana-mana pihak yang menyentuh mengenai Rasulullah SAW.
Kenyataan Khairul Fahmi itu mendapat tentangan pelbagai pihak yang memberi maklum balas terhadap perkara tersebut. Selain marah dengan tindakannya itu, mereka menuntut Khairul Fahmi menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan melampau kerana sanggup berpolitik sehingga mengaitkan nama baginda.
Segelintir mereka juga menasihatkan pemimpin Pas itu menggunakan bahasa sopan selaras ajaran Nabi Muhammad SAW. Namun, beliau seolah-olah tidak melayan gesaan itu sebaliknya membalas kenyataan tersebut dengan menggelar UMNO sebagai bangsat serta menghina agama.
Sementara itu, Khairul Fahmi ketika dihubungi pemberita untuk mendapatkan pengesahan berhubung kenyataannya hanya memberi reaksi berikut: "Tiada apa yang pelik tentang Twitter itu. Saya malas nak komen."
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, kenyataan dan perumpamaan berkenaan jelas merupakan penghinaan ke atas Rasulullah SAW dan tuduhan kepada UMNO.
"Muhasabahlah. Ingat, siapakah yang mendahului isu-isu porno? Bukankah seorang pemimpin Pas pernah menggelar seorang bekas pemimpin UMNO yang kini memimpin pembangkang dengan istilah 'al-juburi'?" katanya.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan pemimpin Pas berkenaan menjaga tutur kata ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.
sumber: Suara Politik Belantan blog
Ps: haram jadah khairul fahmi matsom ni! Video tu.. pelakonnya bukan menerima arahan dari umno pun. Umni atau kepimpinan umno tak pernah mengisytiharkan dalam perjuangan perlu adanya kelakuan sumbang haram untuk setiap individu ahli umno sebagai pengikhtirafan bahawa mereka umno.
Pendedahan gambar-gambar aktiviti sumbang haram oleh individu yang hot itu terbongkar kerana berpunca kelakuan mereka. Mahukah awak mengangkat individu yang sudah memiliki perangai dan sifat yang diharamkan dalam Islam itu sebagai pemimpin kamu????
Ustaz pu3 sendiri pernah menegur pu3 apabila mengeluarkan perkataan 'KALAU' 'JIKA' kerana ia seolah-olah menentang qada yang telah ditetapkan. Secara logik akalpun. *dalam Islam itu sendiri telah meletakkan 2 dalil . Dalil Naqli (Al-Quran dan Hadith) serta dalik Aqli ( akal) dalam membuktikan kewujudan Allah swt. So secara logik akalnya.. teguran ustaz pu3 itu mempunyai mesej. GUNAKAN AKAL FIKIRAN SEBELUM BERTINDAK!!! taklah kantoi macam king of drama!!!!
Khairul fahmi matsom tidak menjaga etikanya sebagai orang Islam yang menjaga tingkah lakunya dalam mengeluarkan kata-kata. Kenapa nak membandingkan Anwar atau sesiapa kepimpinan pembangkang yang terBOCOR kelakuan sumbang haram mereka dengan junjungan Nabi Muhammad saw? Astagfirullah! Ini bukan menghina ahli UMNO sahaja malahan SAH menghina Nabi Muhammad saw.!!! Menghina Junjungan mulia Nabi muhammad saw samalah menghina Islam! Seorang yang beragama Islam. Menghina Nabi Muhammad saw barulah layak dikatakan KAFIR!
PSSS .. ni Arbaiyah nak kata apa pula?? Orang kritik nik aziz dia kata menghina Islam kerana kononnya nik aziz adakah ulamak. Pu3 puas mencari jika masa pu3 terlepas pandang semasa belajar dulu. Betulkah menghina ulamak juga seolah-olah menghina Islam. Tak jumpa pun. Agaknya guru google Arbaiyah ni je studynya ada tambahan kot. -debit kredibiliti untuk Arbaiyah si gedik. Mengaku pejuang Islam konon. Possing masuk gambar nampak sangat pose nak dapatkan perhatian!!!! Perbuatanpun aurat cik kak. Buka pakaian saja!!! Opppssss.... lupa.. guru Arbaiyah kat google je. Tu yang tak menyempat rujuk tu!!!!!
sepertinaya org itu menghina Rasul kita !!!
ReplyDelete