KERANA TERTEKAN NIK AZIZ TERUS NAK BERTANDING???????
KUALA LUMPUR - Tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terus mahu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, hanya membuatkan beliau terus tertekan.
Ini kerana perjuangan parti itu bukan sahaja dipertikaikan oleh lawan politik tetapi juga akar umbi Pas.
Aktivis Pas, Norman Toha berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga tertekan dengan kemelut kepimpinan Pas Kelantan kerana tiada generasi pelapis yang mempunyai aura dan kewibawaan setanding untuk menggantikannya.
"Saya juga nampak beliau tertekan kerana gelombang rakyat Kelantan itu sendiri, mereka mahu pemimpin yang bukan sahaja mengangkat martabat Islam tetapi juga mampu memajukan Kelantan setanding dengan negeri-negeri lain.
"Malangnya saya rasa Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu memimpin atas faktor kesihatan dan usia, dia patut sedar bahawa perjuangan Islam itu sememangnya sepanjang hayat tetapi bukan selamanya sebagai pemimpin.
"Pada penghujung hayat Nabi Muhammad SAW pun Baginda telah meminta Saiyidina Abu Bakar untuk menjadi imam, ini untuk menunjukkan dalam faktor usia dan kesihatan yang uzur, kepimpinan perlu diberikan kepada orang yang dipercayai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Nik Abdul Aziz menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13, sebaliknya terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekalipun.
Sementara itu, menurut seorang lagi aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin, Nik Abdul Aziz sewajarnya bermuhasabah diri mengenai faktor kesihatannya yang semakin uzur dan memberi peluang kepada generasi baharu.
"Sekiranya dahulu semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau sibuk mencabar Dr. Mahathir untuk meletakkan jawatan namun sekarang perkara itu terbalik dan berlaku kepada dirinya.
"Dari segi peribadi, dia sepatutnya bermuhasabah diri kerana keadaan kesihatannya akan menjadi liabiliti kepada parti dan seolah-olah tidak ada generasi baharu dalam Pas," katanya. – UTUSAN
Ps: hmmmm... macam manalah nak memimpin rakyat kalau diripun perlu dipimpin kerana sering uzur????
rasanya dah sesuai pegi ukur liang lahat...bagi luas2 sikit supaya keranda dapat fit-in nicely; kalau buat ngam2 je bila nak letak liang jadi kecik. satu lagi buat luang ekzos sama kalau2 ada asa nak keluar. bottomline i don't hate you but i just can't stand your character. my advice -- don't go for another round of election. period. teach me fiqah, tauhid, tasawwuf dari kitab2 muktabar -- bar yourself from spinning into politic; ie don't teach me anything to do with politic. period. kita sama2 sudah hampir ke penghujung usia; tiada ertinya membebalkan agama islam yang sedia mudah dan teratur. tak perlu jadi wali sebenar atau wali selipar, jadilah insan yang berguna di sisi Allah swt!!!
ReplyDelete