TERKINI: LAPORAN POLIS UNTUK PEMIMPIN PAS HINA NABI MUHAMMAD SAW


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat dua laporan polis menuntut supaya polis dan Jabatan Agama Islam menyiasat terperinci seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya Rabu lalu.

 Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris dan Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2.10 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

Irwan Fahmi yang ditemui selepas itu berkata, tujuan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som membuat kenyataan sedemikian menerusi akaun Twitter@fahmipkg perlu disiasat kerana ia jelas merupakan penghinaan yang amat buruk kepada seluruh umat Islam.

Malahan, tegas beliau, kenyataan tersebut juga merupakan satu provokasi yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman negara. "

Apakah kenyataan begitu menunjukkan mereka (Pas) benar-benar perjuangkan agama suci ini. Kita minta perkara ini disiasat dan jika salah, tangkap ,'" katanya pada sidang akhbar di IPD Ipoh di sini hari ini.
 Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi Rabu lalu, Khairul Fahmi menerusi akaun Twitter@fahmipkg menyebut:

"Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO."

 Tindakan pemimpin tersebut dikecam pelbagai pihak termasuk ahli agama di negara ini. -Utusan

Comments

  1. Itupun nak ngadu...kah..kah..kah
    Memang lembu2 tak faham bahasa Malaysia.
    Pangkat 6 kot masa SPM dulu.

    Lembu oh lembu...
    Kenapa kau bangang sangat...
    Macam mana aku tak bangang...
    Hari-hari memengkedarah duit haram....

    ReplyDelete
  2. Dr M BUAT KENYATAAN HUDUD TIADA DALAM ALQURAN DAN CIPTAAN AHLI FIQH,SO,MANE LAPORAN POLIS YG PERKASE BUAT?DASAR GENG SONGKOK TINGGI

    ReplyDelete
  3. Tuan Fareezpro,Tuan dengar sendiri ke Tun M cakap macam tu..dengan mata dan telinga menjadi saksi..atau tuan hanya dengar org cakap atau orang tulis sahaja...wallahualam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts