LAHAD DATU: KELUARGA KIRAM DAKWA MUSA 'KUDUD' MASIH HIDUP


Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan keselamatan Malaysia yang mendakwa "Komander Haji Musa" yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu terbunuh dalam Ops Daulat.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.
"Beliau masih lagi hidup dan mereka t
elah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah," kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.

Jurucakap tersebut turut didakwa mempertikaikan angka kematian anggota kumpulan itu dengan mengatakan hanya 23 orang terbunuh setakat ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan 56 militan Sulu telah terbunuh sejak serangan bermula pada 1 Mac.

Agensi Berita Nasional (Bernama) turut melaporkan pertempuran senjata yang terbaru antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak, dua lelaki bersenjata Sulu terbunuh, meningkatkan jumlah kematian militan Sulu kepada 56 orang.

Setakat ini, 10 rakyat Malaysia telah terbunuh, termasuk lapan anggota polis dan dua orang tentera. Seorang lagi remaja, yang identitinya masih tidak diketahui, tertembak mati semasa operasi Ops Daulat.
Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III, mendarat di Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari dengan sekumpulan 235 lelaki bersenjata untuk menuntut negeri Malaysia timur itu.

Selepas percubaan berunding secara aman oleh kerajaan Malaysia dan pemerintah Filipina gagal, pasukan keselamatan menggempur pemberontak bersenjata di Kampung Tanduo.

Selepas dua hari Ops Daulat dilancarkan, keluarga Kiram menuntut gencatan senjata tetapi enggan menarik keluar tentera mereka dari Lahad Datu.

Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan itu, memberitahu kumpulan bersenjata untuk menyerah tanpa syarat atau berhadapan dengan kematian.

Terdahulu pada rabu, Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengakui bahawa pasukan keselamatan masih belum memahami Agbimuddin, walaupun selepas sembilan hari Ops Daulat.

Polis juga percaya, Agbimuddin tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.

"Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu," katanya seperti dilapor oleh agensi berita Bernama pagi tadi. – mStar

Ps: kata orang tua2 dulu2.. orang dah mati dikatakan hidup.. tu adalah amalan sesat dan bersekutu dengan Syaitan. Bangkit bukan sebagai manusia tetapi Hantu! Kes musa kudud ni takat tayang gambar je.. pu3 pun boleh beri gambar arwah atuk pu3 yang meninggal 10 tahun yang lalu n kata. Atuk aku masih hidup!!!!

Comments