HALANG TUGAS POLIS. PENGANGGUR DIJEL, DENDA
KUALA LUMPUR 28 Mac - Seorang penganggur dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghalang tugas seorang anggota polis trafik dengan melakukan kekecohan, bulan lalu.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin turut memerintahkan Lee Chee Thian, 35, menjalani hukuman penjara tambahan satu bulan sekiranya gagal membayar denda.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap Lans Koperal Abdullah Wahab Sahari, 33, dari Balai Polis Trafik, Jalan Bandar di Lebuhraya Sprint, susur keluar ke Jalan Duta, di sini kira-kira pukul 2.35 pagi, 8 Februari lalu.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Zuraimi Kamarozzaman mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, polis memberhentikan kereta Honda City yang dipandu tertuduh selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan sebelum tertuduh melakukan kekecohan.
Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Chee Thian yang tidak diwakili peguam bela memohon dijatuhkan hukuman ringan kerana dia telah membayar kompaun RM1,800 selepas ujian pernafasan didapati positif alkohol, dalam kejadian itu.
"Saya mengaku saya ada meninggikan suara sikit terhadap anggota polis itu," katanya. - UTUSAN
Ps: ada-ada saja! Mentang-mentang belum berpeluang kerja. So buat kerja lain pula dah. Hope ini pengajaran yang usah diulangi lagi
Gambar: hiasan sahaja
Comments
Post a Comment