LIWAT: BLOG PEMBANGKANG CURIGA AZLAN


KUALA LUMPUR 8 Mac - Blog Suara Pakatan Rakyat hari ini menyatakan terdapat usaha untuk membawa Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari kembali ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak beberapa bulan yang lalu.

Bagaimanapun, dalam laporan sama, portal berkenaan turut memperlihatkan kesangsiannya terhadap keikhlasan Azlan dalam membuat pendedahan yang kononnya anak itu telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lapornya lagi, Azlan pernah mengkhianati Anwar apabila membuat keputusan menyokong penuh anaknya Saiful Bukhari dalam isu ini.  Walaupun Azlan adalah penyokong setia PKR sejak  mula ditubuhkan.

"Apakah yang mendesak Azlan sehingga membuat pusingan U begitu sekali?  Ada dakwaan yang mengatakan Anwar telah membayar sejumlah wang kepada Azlan untuk membuat sidang media tersebut" lapor SuaraPakatanRakyat.

"Perlu diingat, dari segi persepsi masyarakat, kenyataan Saiful ada lebih kredebiliti dibanding dengan kenyataan bapanya, kerana yang mendakwa diliwat ialah dia, bukan Azlan"

"Selain itu, pembabitan Johari Abdul dalam sidang media tersebut juga meragukan kami di suarapakatanrakyat.com.  Johari Abdul adalah antara beberapa ahli parlimen PKR yang pernah cuba berpaling tadah dengan berpakat dengan trio Datuk T dalam kes video seks yang didakwa melibatkan Anwar dengan seorang gadis dari China"

Tidak cukup dengan itu, portal itu turut memohon agar semua pemimpin pembangkang berhati-hati dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Azlan.


Sumber : Celah Gelegar blog

Ps: nampak gaya. AZLAN ni sah bukan pendirian tetap. Nak kata parasit salah... hmmmm seorang bapa yang menyusahkan keluarga!!!! 

Comments

Popular Posts