Followers

LAHAD DATU: KRITIKAN KETUA PUTERI KE ATAS KENYATAAN BIADAP TIAN CHUA


KENYATAAN YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA DAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENGENAI DAKWAAN NAIB PRESIDEN PKR, TIAN CHUA BAHAWA PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU ADALAH KONSPIRASI UMNO SERTA DILIHAT UMNO CUBA BERBUAT DEMIKIAN UNTUK MENJADI HERO  DAN MERAIH SOKONGAN RAKYAT.

Ketika rakyat masih bersedih dengan kehilangan dua "wira" negara semalam Naib Presiden PKR, Tian Chua, sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak berhati-perut serta tidak berasas mengatakan bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO.

 Adakah Naib Presiden PKR ini tidak memahami sensitiviti masyarakat? Kenapa pula perlu insiden pencerobohan Lahad Datu ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang? Tian Chua perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Tuduhan biarlah berasas. Tidak ada satu kerajaan pun dalam dunia ini yang ingin mengambil risiko serta menggadaikan keselamatan dan kebajikan rakyatnya.

Insiden pencerobohan Lahad Datu bukan satu isu yang remeh. Tak perlulah semua isu hendak dipolitikkan. Kenyataan Naib Presiden PKR ini seperti menangguk di air yang keruh.

Hendak jadi ahli politik, jadilah ahli politik yang "berakal". Hendak jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang bijak. Bukan hanya tahu menunding jari. Sepatutnya baik pihak pembangkang mahupun kerajaan, seharusnya dilihat sama-sama bersatu dalam insiden yang sungguh malang ini.

Pencerobohan Lahad Datu merupakan isu negara. Setiap rakyat walaupun berlainan ideologi patut dilihat bersepakat dalam hal ini yang secara jelas mengenai sesuatu kumpulan yang cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment