LAHAD DATU : KENAPA POLIS BUKANNYA TENTERA??


Agaknya ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak twrus menggunakan angkatan tentera menghadapi pemberontak di Lahad Datu. Ini pu3 kongsikan.

Sila baca dan faham

`Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini..

Ps : gugurnya pejuang mempertahankan pencerobohan di Lahad Datu bukan pengorbanan sia-sia. Perginya ditangisi. Bukan seperti rusuhan BERSIH. Yang cederapun DIKESALI!!!

JOM TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG
INI KALILAH!!!! BN TATAP MANANG!!!!

Comments

  1. Saya buat credit kpd anda. di blog sye :)

    ReplyDelete
  2. Sultan Sulu ada kisah you guna polis atau tentera? Kita ikut undang-undang sangatlah makin ramai polis kita yg terkorban!! Penceroboh tak guna undang2 apa pun!! Banggang aku dengan alasan2 yg sepatutnya diguna dalam masa Darurat sebegini. Tunggu apa lagi? Just see what happen when the kpg folks killed one of the intruder,no one gave them the command. So what? People's lives are at stake!!So, just defend ourselves by all means.

    ReplyDelete
  3. tugas tentera ni adalah untuk mempertahankan negara atau wilayah apabila datangnya pencerobohan dari luar. sekarang ni dah jelas yg penceroboh itu memang dari luar negara. tidak ada sebab tentera tidak boleh digunakan. dunia pun setuju tentang hal kedaulatan sesuatu negara ini. tidak timbul soal jika tentera digunakan secara automatiknya kita mengiktiraf kerajaan sulu. dunia sendiri pun sehingga kini tidak pernah mengiktiraf kerajaan sulu. so?...wtf reason? melainkan jika penceroboh ini datangnya dari suku sakat warganegara segera yang berlambak dibawah pentadbiran kerajaan BN. itu baru wajar tentera tidak boleh digunakan...:) mungkin kerana ini soal dalam negeri...sebab itu kerajaan tetap berdegil untuk menggunakn polis biarpun ramai yang mungkin akan menjadi balu dan anak yatim. tapi tak pela...demi kuasa kan...apa2 pun patot dikorbankan.

    ReplyDelete
  4. Tak kira apa jua alasa...pokok asalnya TLDM & APMM kat laut sabah tu buat apa sejak dari dulu lg kalau dah tahu bot sangkut senang nk keluar masuk perairan sabah? Ini bkn kes seludup beras atau cari brg murah keluar masuk golok dan negeri sempadannya ..ini soal pertahanan negara yg sememangnya lemah sejak dulu. Beli je senjata mhl2 tp penguatkuasaan lemah sejak dari awal pun tak guna! Kita kena defend d negsra dan rakyat juga

    ReplyDelete
  5. ABIS TU YANG SEKARANG (ARI NI) GUNA TENTERA APE CITE PLAK...?
    MAKSUDNYA KITA IKTIRAF MEREKA LAH...? APALA PUNYE DRAMA...?

    ReplyDelete
  6. bila masa berperang? tentera takde kepakaran selain perang ke? ce senaraikan jabatan tentera pun dah nampak kekuatan tentera.. orang bersenjata menceroboh rumah ko, claim rumah tu dia punya 10 tahun lepas, ko buat rilek je? huhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts