TINDAKAN NAIB KETUA WANITA CERMINKAN NAWAITUNYA
Pu3 sememangnya Hilang rasa hormat demean tindakan NAIB KETUA WANITA yang khianat parabola menolak kerusi DUN yang dicadangkan Kerala Hanya berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen. Agak agaknya Kalau menang nak tuntut jawatan MENTERI!!!!!!!
Sila baca Kenyataan KETUA WANITA UMNO Malaysia di bawah ini:
Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Dato' Kamilia bertanding di atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18hb April 2013.
Dato' Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekali gus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.
Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem jentera wanita pilihan raya umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa (contingencies).
Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama diperingkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan Kesetiaan kepada perjuangan Parti, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon.
Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri , dan sabar dalam perjuangan.
Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapa pun yang membelot atau mengkhianati parti kerana kepentingan diri sendiri.
Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga, mereka menunjukkkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama di kala kita menghadapi PRU-13 ini. - Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia.
#vote4BN
#BetterNation
#BNBagus
JR telah buat silap menanda Kamalia sebagai "putih" tetapi yg sebenarnya "kelabu"
ReplyDeletePengkhianat tetap pengkhianat, tak kira situasi, tempat dan masa.
ReplyDeleteSAYA DAH NAMPAK PERANGAI BURUK KAMILIA NI MASA ISU NFC LAGI. DIA GAMAK TIKAM BELAKANG KETUA DIA. SAMA PERANGAI MACAM ANUWAR IBRAHIM. KEMUDIAN BILA TAK NAIK NAMA CALON DIA SERANG LAGI PARTI. RUPANYA DIA INGAT PM TAK TAHU CERITA. BILA PERANGAI BURUKNYA TERBONGKAR MANA LAGI NAK LETAK MUKA. SEMUA MELUAT KAT DIA. DIA INGAT DIA AKAN MENANG DI KK KALAU BERTANDING. HANYA ORANG BODOH SAJA AKAN PANGKAH PENGKHIANAT MACAM NI. SESUAI BAGI DIA DUDUK DALAM PARTI YANG PERANGAINYA SERUPA DENGAN DIA.
ReplyDelete