MANIFESTO: BUKAN SIAPA JANJI DULU TETAPI SIAPA YANG TEPATI JANJI


Mencanang askar Pakatan dan sebilangan orang kuat Anwar membuat pengakuan kononnya Manifesto Bn ciplak dari mereka. Yeker? Part siapa dulu siapa tiru tu bukan isu utama dalam berhadapan dengan rakyat Malaysia! Persoalan pokok adalah bukan soal siapa dulu janji atau siapa kemudian, tetapi adalah soal siapa yang tepati janji atau siapa cuma manis di lisan!!!!

Setakat berjanji. Tetapi hanya di atas sehelai kertas. Ataupun di atas wall di laman sosial. Ia tak ada maknanya. Hanya janji. Janji tidak terbukti kesahihannya tanpa usaha menepati. Bukan janji ditimbun lagi janji-janji baru.

Ia lagi bermakna jika Ada yang benar-benar melakar janji tetapi menjadi penderaan apabila ada pula benar-benar kelakar janji!!!!! -my sifu AA

Pu3 sukakan lagu "apa guna berjanji. Kalau tak ditepati.... sangat sesuai dengan keadaan sekarang dan nasihat untuk selama-lamanya. Walaupun lagu ini berusia puluhan tahun (zaman nenek pu3 masih muda wooooo) ia adalah sebuah nasihat pada mereka yang hanya TABUR JANJI semata demi sebuah UNDI!!!!!!

Ada yang janjinya jitu, lalu diterjemahkan satu demi satu, ada yang janjinya palsu, lalu dimahkamahkan satu demi satu- my sifu AA

Pu3 baca salinan manifesto yang pu3 perolehi. Hanya sepintas lalu. Belum dihayati lagi. Sebenarnya manifesto BN bukan  sekadar AKU JANJI BN kepada rakyat untuk akan datang. Tetapi ianya adakah realiti yang dilakukan sekarang dan diupgradekan apabila diizinkan oleh rakyat untuk laksanakan sinambungannya!

Biarpun manifesto pakatan pembangkang dah dilancar 2 bulan lalu. Terawallah tu. Hakikatnya.. manifesto mereka adalah sesuatu yang tidak dapat dibuktikan ia akan dilakukan berdasarkan  prestasi negeri-negeri di bawah jajahan takluk mereka.! Kini nak menambah lagi janji yang sangat banyak belum ditunaikan?  Kenapa nak risikokan negara dengan tabung uji pakatan pembangkang ni??????

janji air free ~ banyak sangat free nay. Free space adalah. Banyak keluar angin paip berbanding airnya!!!!

Janji bantuan balu ~ siap dah bawa perkara ni ke mahkamah. Tak settle-settle lagi!

Janji duit persekolahan. RM50? RM100? ~ ada tak??? Yang ada bantuan persekolahan dari kerajaan BN je.!

~>; tu janji PKR 2008 pun belum settle

☆ free pengajian tinggi? Turun harga minyak? Kereta banyak murah??? Free tol???? Royalti minyak up????? ~ ini janji manis  je ! Gula-gula nak tambat hati.  Nak percaya lagikah? Suruh ja merea tunaikan dulu janji yang lama! Oppppssss hampir terlupa. Kata MB Selangor Manifesto 2008 bukanlah sebuah janji.!!!! Sah tak ditunaikanlah jawapannya. Pu3 berani cakap sebab dah sah tak tunai sehingga bubar!  Nak buat mesyuarat meluluskan peruntukan sekarang? Kuasa meluluskan dah disekat selepas pembubaranlah bro!

JOM TOLAK PAKATAN PEMBANGKANG
INI KALILAH! BN TATAP MANANG! !!!


#manifestoBN
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu
#vote4BN
#betternation
#PRU13

Comments

Popular Posts