TURUN HARGA KERETA SIAPA TIRU SIAPA?????


Tika ini heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong PR khususnya dari PKR yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" telah meniru idea dari Manifesto PR.

Salah satu inti pati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto PR ialah mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Untuk mengetahui hakikat siapa yang meniru siapa, kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah terbaik untuk mencari kebenaran.

Pada 22 Mac 2006, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005.

Antara tujuan utama kewujudan DAN 2006 ialah mengurangkan cukai terhadap kereta-kereta import yang enjinnya di bawah 1,800cc selanjutnya meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.

Kesan awal perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research tika itu menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353 hingga RM385.

Sementara kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City, Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar RM1,900 hingga RM4,000. 

Untuk menghindari kesan buruk dasar ini kepada syarikat penjual kereta terpakai (secondhand), maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula diperkenalkan Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani pengisytiharan bawah harga.

Dengan langkah penambahbaikan itu, para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan.

Contoh mudah untuk mengetahui impak positif dari DAN 2006 diikuti DAN 2009 ialah bila saat ini kita sudah dapat membeli kereta baru (VIVA 660) pada harga RM24,912.15 yang mana pada tahun 2009 harganya adalah RM28,800.00.

Pada tahun 2004, kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya tika itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011 hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa.

Sedangkan PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012, lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.

Malah janji PR melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai semenjak tahun 2004 lagi, tapi baru sekarang PR sibuk memperkatakannya.

Berdasarkan beberapa ringkasan fakta di atas, patutnya kita dah tahu siapa yang meniru siapa.

Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi. (Rujuk di bawa ini)

Beberapa hari lepas, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa pemberian lesen permit individu kepada 1,000 orang pemandu teksi adalah idea PR yang telah diciplak oleh BN daripada Buku Jingga & Manifesto PR.Betulkah sedemikian? Benarkah Kerajaan Pusat yang diterajui BN telah meniru idea Buku Jingga dan Manifesto PR? Atau yang sebenar-benarnya, PR yang terkial-kial menciplak usaha, jasa dan kerja buat BN?Beberapa fakta berikut merupakan jawapan kepada beberapa persoalan di atas dan kita akan tahu siapa meniru siapa.14 Julai 199913,644 lesen teksi yang telah dikeluarkan, 462 lesen diberi kepada individu dan bakinya diberi kepada 667 buah syarikat1995 dihentikan, hanya 8 syarikat yang cemerlang diberi keutamaanTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dato' Idris bin Jusoh dalam sesi soal jawab di Sidang Parlimen22 Julai 2008Sehingga 31 Disember 2007, LPKP telah mengeluarkan sebanyak 31,760 lesen teksi. Daripada jumlah ini sebanyak 9,487 ialah permit teksi individu (29.9%).22,273 permit lagi (70.1%) untuk syarikat yang kemudiannya telah menyewakan lesen itu dengan kadar RM30 – RM40 sehari.Diumumkan oleh Datuk Seri Noh Omar dalam sesi soal jawab dalam Sidang Parlimen11 Julai 2009PM umum dasar untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaiki kehidupan para pemandu teksi.Ucapan Dato' Seri Najib  sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri5 Mac 2011Buku Jingga dilancarkan oleh PR dengan salah satu janjinya ialah untuk menyemak pemberian permit teksi untuk individu dan persatuan.01 Ogos 2011PR Janji permit teksi individuPemandu teksi diminta menjadi penyebar lidah PR dengan membekalkan akhbar Harakah, Suara Keadilan & Roket kepada para penumpang.Janji ditaburi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang pemandu teksi di Petaling Jaya24 Jun 2012PM umum akan rangka model baru bagi meningkatkan jumlah pemit teksi individuPM juga melancarkan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di mana baucar bernilai RM520 diberikan kepada pemandu teksi untuk penukaran keempat-empat tayar teksi milik mereka.21 Mac 2013Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan sehingga kini terdapat lebih 80,000 permit teksi, 40% (sekitar 32,000) daripadanya merupakan permit teksi individu.24 Mac 2013PM umum pemberian 1,000 permit teksi individu dalam satu majlis yang dihadiri kira-kira 6,000 pemandu teksiSyarat permit individu;- terbuka kepada pemandu teksi yang berumur bawah 60 tahun, pemandu teksi yang berusia lebih 60 tahun disyaratkan lulus pemeriksaan kesihatan.Syarat lain ialah pemandu teksi wajib membeli Proton Exora di mana masing-masing akan mendapat geran RM5,000. Tujuan menggunakan Proton Exora untuk memberi keselesaan para penumpang.Bersandarkan beberapa fakta di atas, para pembaca dapat menilai siapa sebenarnya yang prihatin dengan nasib pemandu teksi dan pihak mana pula menjadi pencilok.Dengan fakta yang terbentang depan mata ini, memang patut Rafizi Ramli celup dan selam saja kepalanya dalam mangkuk jamban, jawatannya saja nama Pengarah Strategik tapi dalam bab fakta kerap sangat tunggang terbalik.Di masa depan kita harap pemimpin PR yang lain dapat mencermin diri sendiri dan menyemak fakta sebelum bercakap. Jangan terikut perangai Rafizi Ramli yang banyak bercakap tapi langsung tak berpijak di bumi nyata.- 27hb mac 2013

Yang penting, dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model kereta, ia tidak semudah diperkatakan. Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara.

BN telah berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu. Semua penjimatan ini tidak berlaku secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua pihak.

Sumber: mykmu dot net

Pakatan pembangkang selalu je guna putar dan recycle ayat" tiru" konon nak katalah mereka lebih advance. Dari belanjawan pakatan hinggalah terkini manifesto. Soalan pu3.. YAKAH????  Dah tau BN akan lancar manifesto pada 6hb April 2013... apa pasal tak lancar lebih awal?

Pakatan pembangkang ada bagi BR1M atau apa jelah bantuan rakyat ker kat negeri-negeri bawah jajahan mereka???? Oppppsss janji je nak bagi. Air free. Bantuan balu... budak sekolah.. manifesto pembangkang 2008. Tapi tunainya tak ada .

Rakyat dah muak sikap PERASAN je lebih. CAKAP je lebih. JANJI je lebih. tapi nak TUNAIKANNYA. Semua sembunyi muka dengan menolak kononnya hanya apabila pakatan pembangkang memerintah Malaysia! Cissss apa punya SIAL alasan!!

JOM TOLAK PAKATAN PARTI ANWAR DAN KUNCU-KUNCUNYA (PKR, DAP, PAS, STAR, PPPS, SAPP)

#BNBAH
#JANJIDITEPATI
#MANIFESTOBN
#VOTE4BN
#BETTERNATION

Comments

Popular Posts