????? NASIB MUSTAHPA ALI SELEPAS INI????

KUALA LUMPUR 12 April - Apakah nasib Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas ini berikutan tersebar video seks mirip beliau dalam internet?Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan tercetus desas-desus bahawa kepimpinan Pas mula menghadapi tekanan daripada peringkat akar umbi agar beliau meletakkan jawatan.Difahamkan, walaupun enggan membuat sebarang ulasan berhubung penyebaran video itu, Mustafa sendiri dikatakan mungkin tidak mampu menghadapi tekanan agar beliau berundur bagi menjaga imej Pas.

Ini memandangkan di peringkat akar umbi, mereka mahu melihat kepimpinan Pas tegas dalam soal tersebut kerana menyentuh maruah dan kredibiliti parti itu.''Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, ahli-ahli Pas akar umbi sememangnya terkejut dengan pendedahan video berkenaan dan mereka mahu kepimpinan Pas memandang serius isu ini.''Kita tidak kata individu berkenaan Mustafa tetapi ramai mengaitkan beliau,'' kata satu sumber itu ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hari ini, ketika diminta mengulas video tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.
Mustafa pula enggan mengulas dan menyerahkan perkara berkenaan kepada peguamnya.Diminta mengulas lanjut situasi di dalam Pas berikutan penyebaran video itu, sumber tersebut berkata, apa yang ahli-ahli parti berkenaan mahu ialah agar Mustafa meletakkan jawatan.

''Saya percaya Mustafa juga memahami sentimen ini kerana Pas adalah parti yang jauh lebih bermaruah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),'' katanya.Ditanya apakah maksud hujah tersebut, sumber itu berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, mana-mana pemimpin Pas tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan soal seks.''Kalau PKR tidak apa kerana parti itu dilihat liberal, sebab itulah biar pun ada video atau gambar melibatkan pemimpin mereka, pemimpin berkenaan tidak meletakkan jawatan.

''Tetapi dalam Pas tidak boleh sebab ahli-ahli parti itu akan berasa tertekan apatah lagi dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13,'' kata sumber itu lagi.

Sumber: Melayu Berwawasan blog

Ps: hanya Arbaiyah saja bz mencanang konon UMNO suka perkara lucah. Sehingga kini tak explain pun pertanyaan skandalnya di London itu!!!!!!

Comments

Popular Posts