NAFI BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS: NAIB KETUA PUTERI


Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd Yusoff hari ini menafikan desas-desus kononnya beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada pada pilihan raya umum ini.

Beliau menegaskan tetap setia pada Umno dan Barisan Nasional (BN).
  
"Ikhlas hati...saya tetap sokong calon BN," katanya pada sidang media di rumahnya di Sungai Petani Jumaat.

Bernama melaporkan Shahanim mengulas desas-desus kononnya beliau akan bertanding sebagai calon Bebas setelah namanya tidak tersenarai sebagai calon BN.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani itu berkata, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan pucuk pimpinan BN tidak menyenaraikannya sebagai calon.

Beliau meminta penyokongnya yang mungkin kecewa kerana dirinya tidak dipilih sebagai calon untuk terus berusaha memastikan kemenangan calon BN. -

Agendanews

Comments

Popular Posts