PRU13: SIAPA BILANG TIADA DISOKONG????
Hati mana tidak sedih apabila ada yang pula tukang canang di laman media konon parlimen Papar tidak mengkehendaki diri sebagai wakil mereka. Walaupun hanya satu dua status dibuat demikian bukan mewakili keseluruhan rakyat kawasan tersebut.. hati tetap terguris.
Niat baik dibalas begini. Apa yang telah dilakukan sebelum ini tidak sekali-kali dilihat sebagai perbuatan tanggungjawab sebagai pemimpin hanya kerana diri bukan individu yang dalam kumpulan yang telah disusun untuk kerjaya politik mereka yang mempunyai agenda peribadi dalam politik.
Apa tah lagi ada suara sumbang mengatakan.. jangan kan orang kampung lain.. jiran sebelah rumahpun tidak menyokongnya!!!!
Namun suara sumbang itu hanya sebagai provok jahat mereka semata. Iklan murah menjatuhkan imej seorang pemimpin wanita muda tidak laris di pasaran. Ada yang pula mencanang kononnya setiap kali pemimpin muda ini berkunjung.. sambutan dingin ditunjukkan.
Tetapi peliknya.. saban kali bertemu masyarakat. Tohmahan itu tidak ditunjukkan! Sambutan mesra serta pelukan sayang dizahirkan kepadanya!
Contohnya petang ini. Di kampung Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sendiri iaitu Kg Pengalat besar. Sepasang suami isteri yang rumahnya berhampiran dengan pemimpin ini menyambut kunjungannya dengan reaksi sambutan ibu bapa menyambut ketibaan anak mereka sendiri.
"jangan risau..kau sudah macam anakku.. harus kami undi kau.." ayat itu dinyatakan oleh si suami. Diiringi pelukan si isteri penuh kasih sayang kepada Datuk Rosnah.
"bagus sekali kau..teruslah kau jadi pemimpin.."
Pu3 tak akan menulis kalimah ini atas idea pu3. Tetapi ayat ini adalah salinan kata-kata lisan dari mereka (gambar)
Teruskan perjuanganmu wahai Pemimpin berkelibar. Walau ada individu yang jahat berusaha mencantas. Kebaikan tetap akan menang jua akhirnya!
#vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap
Comments
Post a Comment