NAJIB: NILAI KEPIMPINAN SAYA, TIDAK PERNAH TIKAM BELAKANG


Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat menilai rekod kepimpinan beliau sebagai seorang yang setia kepada ketua dan tidak pernah "menikam belakang sesiapa pun" selama 37 tahun berada dalam arena politik.

Dalam ucapannya yang memulakan gerak kerja Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Perdana Menteri berkata beliau bermula dari bawah dan mendaki tangga kejayaan satu persatu sebelum mencapai kedudukan yang beliau miliki hari ini.


"Saya pun dah lama dalam kerajaan…daripada rambut hitam lebat sampailah rambut macam hari ini. Saya naik satu per satu, step-by-step. Dan saya tak tikam sesiapa dari belakang.

"Sebab salah satu prinsip dalam perjuangan adalah kesetiaan kepada ketua. Saya telah berkhidmat kepada tiga perdana menteri dan saya setia kepada tiga perdana menteri," katanya.

Najib selaku pengerusi BN berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 50,000 penyokong BN pada Perhimpunan Janji 1Malaysia sempena pelancaran Manifesto BN di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini.

Kata Najib, pilihan kini terletak di tangan rakyat sama ada mahu memilih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau beliau sendiri sebagai pemimpin negara pada pilihan raya umum akan datang.

"Dengan penuh rendah diri, kalau rakyat Malaysia jawab Najib, maka sokong dan undilah BN. Sebab saya tak boleh lakukan perkara ini (mentadbir negara) seorang…perlukan pasukan. Dan pasukan inilah yang akan bertanding, jadi perlu beri sokongan yang padu kepada pasukan," katanya.

Najib dalam pada itu berkata pembangkang tidak boleh diberi peluang mentadbir negara kerana gagal membawa kemajuan sepanjang lima tahun mentadbir empat negeri.

Beliau percaya, berdasarkan rekod pencapaian BN, rakyat kini lebih menyakini BN, malah menegaskan Anwar telah semakin hilang kepercayaan daripada orang-orang yang rapat dengannya.

"Yang terbaharu, Sidek Baba. Sidek Baba kata dia telah hilang kepercayaan kepada Anwar dan dia juga kata Anwar tidak layak jadi perdana menteri. Ini bukan saya kata. Ini rakan lamanya," katanya sambil disambut tepukan dan sorakan daripada hadirin.

Datuk Dr Sidek Baba merupakan bekas rakan karib Anwar yang sama-sama berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang bertindak meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini kerana tidak lagi yakin dengan kredibilitinya.

Tegas Najib, bukti Anwar semakin hilang sokongan juga dapat dilihat apabila daripada 34 pemimpin yang menubuhkan PKR kini hanya tinggal dua orang.

"Kalau orang yang tubuhkan parti sendiri sudah hilang kepercayaan, takkan rakyat tertipu untuk beri sokongan kepada pemimpin yang tiada track record dan kredibiliti," kata Najib.

Ps: tikam belakang... opppssss.. rasanya ada yang suka bebenor part tikam belakang ni. Kalau tak benar... tak adalah ayat karpal singh "SUKA SAMA SUKA"tu. Ala ayat 3 perkataan memberi mesej. Perlakuan liwat sememangnya berlakulah bro!!! Eeeeee jijiknya PKR menyokong dan mengangkat seorang peliwat????????! Jadi bos!!!!

#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu
#manifestoBN
#vote4BN
#betternation
#PRU13

Comments

Popular Posts