SALAHUDDIN AYUB CALON PAS DI PULAI??????


Terdesak sangatker nak jadi calon. Lama doh tinggalkan negeri. Gendang PRU dah berbunyi baru rasa nak balik kampung konon nak berkhidmat dengan masyarakat tanah kelahiran???? Ada-ada saja alasan!!!!

Baca lagi di bawah:

JOHOR BAHRU 8 April - Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dijangka bertanding di Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-13 berdasarkan status yang dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, Sabtu lalu.

Meskipun belum diumum secara rasmi oleh pucuk pimpinan PAS, status yang dimuat naik bekas Anggota Parlimen Kubang Kerian itu pada kira-kira 8 malam, sedikit sebanyak menjawab pertanyaan sama ada beliau bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Ini memandangkan sejak mengumumkan akan kembali bertanding di Johor pada akhir tahun lepas, anak kelahiran Kg Serkat, Pontian itu dilihat tercari-cari kawasan yang sesuai untuknya.

Antara kawasan yang sering disebut beliau termasuk DUN Nusajaya, DUN Putri Wangsa dan Parlimen Tebrau, sebelum memilih Parlimen Pulai.

Pada pilihan raya umum lepas, kawasan P161 Pulai dimenangi Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti 20,499 undi menewaskan calon PAS Abdullah Idris.

Jika benar Salahuddin ingin bertanding di Parlimen itu, beliau dilihat seakan-akan sengaja 'menggali kubur politiknya' sendiri kerana sokongan pengundi di kawasan berkenaan dilihat lebih memihak kepada BN.

Selain itu, Anggota Parlimen Pulai iaitu Nur Jazlan cukup disenangi penduduk kawasan berkenaan tidak kira Melayu, Cina atau India kerana kerap turun padang dan menjaga kebajikan rakyat di situ.

Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi berkata status di laman sosial berkenaan hanyalah satu indikator tidak rasmi kerana kawasan di mana beliau bertanding akan diumum pucuk pimpinan parti dalam tempoh terdekat.

"Itu hanya indikator tidak rasmi, malah ada juga mengaitkan saya akan bertanding di DUN Nusajaya, tetapi kita tunggulah nanti pengumuman rasmi," katanya.

Salahuddin berkata sebagai anak Johor, beliau sedar bukan mudah untuk bersaing dengan BN mahupun Umno kerana negeri ini sememangnya dikenali sebagai kubu kuat parti itu.

"Namun, saya rasakan penerimaan rakyat kini berbeza dan kita jangka akan berlaku persaingan sengit dalam pilihan raya di negeri ini nanti," katanya.
 
Sumber: KLPos dot com


Ps: pu3 selalu perhatikan. Nampak sangat mereka-mereka ini. Mengalami penyakit gelojoh nak jadi calon. Bukan meletakkan menjadi calon kerana kemampuan memimpin tetapi nak glamour dan dipandang tinggi oleh orang yang berada di bawah!

Ingatlah wahai pelobi calon. Menjadu wakik rakyat bukan nak isi poket je atau dipandang hormat. Tetapi ia satu amanah yang WAJIB dipikuk serta dilaksanakan sebaik mungkin. Ingatlah sejarah Rasulullah saw ketika memilih tukang azan. Seirang sahabatnya yang memiliki suara yabg sangat lunak dan tinggi menawarkan diri. Tetapi baginda memilih yang lain. Kerana apa. Individu yang dipilih itu ikhlas dalam perlakuannya melakukan laungan azan sedangkan sahabat memiliki suara lunak itu bukannya sepenuhnya menyeru kepada melaksanakan ibadah solat tetapi kerana memperdengarkan kelunakan suaranya!

Pilihlah parti yang terbukti melaksanakan janji. Bukan parti yang hanya tahu berjanji!!!!

#PRU13
#manifestoBN
#BNBah
#betternation
#vote4BN
#JanjiDitepati

Comments

Popular Posts